Berikut merupakan senarai makanan yang sihat yang boleh dijadikan menu harian untuk semua :

 

11. Bawang Merah

Bawang merah mempunyai folat semulajadi. Folat merupakan agen penting yang dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak dengan mengurangkan level homosistein di otak. Bawang merah juga boleh meningkatkan keupayaan memori dalam diri seseorang individu. Jadi, anda akan dapat menghafal sesuatu dengan lebih baik.

 

12. Tomato

Mengandungi sejenis bahan antioksida yang dikenali sebagai lycopene. Ianya dapat mengawal pembebasan radikal bebas ke otak.

 

13. Kacang Soya

Kacang soya kaya dengan kumpulan antioksida yang dikenali sebagai polifenol. Polifenol boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit dementia iaitu penyakit lupa ingatan.

 

14. Susu dan yogurt

Susu dan yogurt diperkaya dengan protein, vitamin D dan B. Vitamin-vitamin ini mempunyai fungsi penting  untuk pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim.

 

15. Biji labu

Nutrien-nutrien yang terdapat dalam biji labu ini penting untuk kesihatan otak.Contohnya, zink merupakan element penting untuk isyarat saraf. Pengurangan zink boleh menyebabkan peyakit neurologi seperti Alzheimer, Parkinsonn dan masalah kemurungan.

 

16. Bayam

Mengamalkan pengambilan sayuran hijau yang mengandungi Vitamin K, pengurangan memori dan fungsi kognitif dalam kalangan individu dewasa akan menjadi lebih perlahan.

 

17. Minyak Kelapa

Minyak kelapa mengandungi kepekatan trigliserida rantaian sederhana yang akan pecah menjadi  keton yang digunakan sebagai bahan bakar untuk menambah sel-sel otak baru.

 

18. Kunyit

Rerdapat bahan yang dikenali sebagai curcumin.  Curcumin ini boleh melalui otak secara terus tanpa perlu melalui penghalang antara darah ke otak.

 

19. Buah Limau

Vitamin C yang terdapat pada buah limau merupakan sumber antioksida yang kuat. Ianya dapat membantu menentang pembentukan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel otak. Jadi, ianya juga dapat menyokong kesihatan otak sepanjang hayat anda.

 

20. Kacang Hitam

Kacang hitam merupakan sumber protin yang mudah didapati. Ianya mengandungi magnesium dan folat yang baik untuk otak.

 

Boleh buat pembacaan penuh di laman seperti di bawah yang sarat dengan info menarik untuk kesihatan yang optimum. Digalakkan anda menyertai Program Neuro yang dipelopori oleh Dr Rizal kerana ianya sangat bermanfaat. Saya juga adalah pelanggan premium bagi program tersebut, dan ianya sangat bagus untuk semua.

 

Sumber : https://neuroversiti.com/makanan-sihat/

(Laman neuroversiti dipelopori oleh Dr. Rizal, seorang pensyarah dan pakar neuro otak yang telah banyak menghasilkan produknya sendiri)