Berikut merupakan senarai makanan yang sihat yang boleh dijadikan menu harian untuk semua :

 

1.         Kekacang 

Kacang merupakan sumber nutrisi yang baik untuk otak. Ini kerana terdapat bahan asid lemak omega-3 dan antioksida di dalamnya.

2.         Minyak Ikan

Minyak ikan merupakan sumber penting yang dapat meningkatkan prestasi otak dengan baik. Ianya  kaya dengan lemak asid omega-3 (5). Omega-3 mempunyai fungsi penting untuk membentuk membran disekeliling setiap sel dalam badan, termasuklah sel otak.  Jadi, ianya dapat meningkatkan struktur sel otak yang dikenali sebagai neuron.

3.         Avokado

Avokado merupakan salah satu daripada sumber lemak tak tepu sihat yang dapat menyokong perkembangan otak. Jika anda mengamalkan pengambilan bahan ini, anda akan dapat mengurangkan tekanan darah.

4.         Teh Hijau

Sama seperti kopi, kafein yang terkandung dalam teh hijau juga boleh meningkatkan fungsi otak. Ianya telah terbukti dapat meningkatkan kepekaan, prestasi, memori dan juga fokus. Ianya juga dapat meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA, yang akan membantu mengurangkan kebimbangan dan dapat membuatkan anda berasa lebih tenang

5.         Telur

Telur merupakan sumber penting untuk anda dapatkan vitamin B yang bagus seperti vitamin B-6, vitamin B-12, dan juga asid folik. Kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin-vitamin ini boleh menghalang pengecutan otak dan melambatkan penurunan kognitif

6.         Beri Biru

Beri biru dan beri-beri gelap lain yang mengandungi antosianin, yang merupakan sejenis sebatian yang terdapat dalam tumbuhan yang mempunyai fungsi anti-radang dan antioksidan. Antioksidan bertindak aktif bagi menghalang stres oksidatif dan keradangan. Kedua situasi ini boleh menyebabkan penuaan otak dan menjemput sindrom berkaitan otak.

7.         Dark Chocolate

Dark Chocolate yang juga dikenali sebagai coklat gelap terkenal dengan manfaatnya dalam membekalkan nutrien penting untuk perkembangan otak. Antaranya nutrien yang terdapat dalam coklat gelap termasuklah flavonoid, kafein dan juga antioksida (10). Flavonoid yang terdapat dalam coklat akan terkumpul di kawasan otak yang digunakan untuk proses pembelajaran dan proses mengingat (11).   Terdapat kajian yang dijalankan mendapati bahawa bahan ini dapat meningkatkan memori dan membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkait rapat dengan kemerosotan mental.

8.         Brokoli

Brokoli merupakan sumber serat  yang mengandungi kandungan kalori yang rendah.  Oleh sebab itu, ia merupakan sumber yang baik untuk otak. Dalam brokoli juga terdapat vitamin C dan flavonoid. Bahan- bahan ini merupakan agen antioksida yang boleh meningkatkan kesihatan dan prestasi otak seseorang individu.

9.         Kopi

Dua komponen utama yang terkandung dalam biji kopi iaitu kafein and antioksidan boleh membantu anda mendapatkan otak yang cantik. Kafein yang terdapat dalam kopi mempunyai pelbagai kebaikan untuk otak. Antaranya termasuklah meningkatkan kepekaan. Kafein dapat membantu otak menjadi lebih peka dengan menyekat adenosina, bahan yang boleh membuat anda berasa mengantuk. Selain itu, ia juga boleh menambahkan fokus dan meningkatkan tumpuan anda. Satu kajian dijalankan mendapati bahawa individu yang mengambil kopi pada waktu pagi bekerja dengan lebih efektif apabila diberikan tugasan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi.

10.       Oat / Oatmeal

Oatmeal tergolong dalam kumpulan bijiran penuh. Ianya berperanan penting untuk membekalkan tenaga yang konsisten dalam sistem tubuh. Ia membebaskan tenaga dengan perlahan, jadi tenaga yang dibekalkan dapat bertahan lama. Ini membuatkan kita akan kekal fokus walaupun perlu bekerja untuk tempoh yang lama. Ianya juga mengandungi vitamin B yang dapat memelihara sistem saraf yang merupakan sistem penting bagi otak.

 

Bersambung di PART 2…

Boleh buat pembacaan penuh di laman seperti di bawah yang sarat dengan info menarik untuk kesihatan yang optimum. Digalakkan anda menyertai Program Neuro yang dipelopori oleh Dr Rizal kerana ianya sangat bermanfaat. Saya juga adalah pelanggan premium bagi program tersebut, dan ianya sangat bagus untuk semua.

Sumber : https://neuroversiti.com/makanan-sihat/

(Laman neuroversiti dipelopori oleh Dr. Rizal, seorang pensyarah dan pakar neuro otak yang telah banyak menghasilkan produknya sendiri)