Berikut adalah persoalan-persoalan yang mungkin muncul di benak pemikiran pelajar. Kemana saya perlu pergi selepas SPM? Laluan apakah yang paling bagus selepas SPM? Bolehkah saya terus bekerja? Mana lebih baik ? ambil STPM atau Diploma? Tingkatan 6 pilihan yang baik? Tentu banyak persoalan yang timbul dalam fikiran anda dalam memikirkan laluan selepas SPM nanti. Jadi , di sini dikongsikan kepada semua serba sedikit yang boleh memberi bimbingan kepada anda semua. Rujuk Gambar di Bawah .
Sebelum memilih bidang pengajian, semasa anda berada di Sekolah Menengah, anda boleh membuat beberapa penilaian yang sangat penting yang akan anda lalui di kemudian hari sebagai orang dewasa yang berkerjaya. KATEGORI Bekerja untuk Majikan Bekerja Sendiri Berniaga Pelabur Bijak Kebebasan Masa bekerja tetap Fokus yang tinggi Masa Kerja Fleksibel Masa Kerja Fleksibel Peluang Potensi rendah Potensi tidak menentu …
Soalan yang anda patut tanya kepada diri sendiri. Apakah kecenderungan kerjaya yang sesuai hidup diri? Mungkin jawapannya ada di bawah. Pertama : DATA Orientasi tugas berkaitan kemahiran dalam aktiviti mengumpul dan menyimpan data, menyusun, menilai dan memberi keterangan tentang data berkaitan dengan benda dan perkhidmatan. Tugas melibatkan pekerjaan ‘impersonal’ seperti merekod dan menyusun data. Sebagai contoh : Akauntan Kedua : IDEA Orientasi tugas berkaitan kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kreatif, gubahan …