Soalan yang anda patut tanya kepada diri sendiri. 

Apakah kecenderungan kerjaya yang sesuai hidup diri?

Mungkin jawapannya ada di bawah. 

 

Pertama : DATA

Orientasi tugas berkaitan kemahiran dalam aktiviti mengumpul dan menyimpan data, menyusun, menilai dan memberi  keterangan tentang data berkaitan dengan benda dan perkhidmatan.

Tugas melibatkan pekerjaan ‘impersonal’ seperti merekod dan menyusun data.

Sebagai contoh : Akauntan

 

Kedua : IDEA

Orientasi tugas berkaitan kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kreatif, gubahan model, penggunaan perkataan, gerakan, penciptaan, angka dan muzik secara kreatif. Individu yang mempunyai minat dalam bidang ini biasanya suka menggubah,mengekplorasi, mencuba-cuba, menginterpret dan bekerja dengan sesuatu yang abstrak.

Kegiatan ‘intrapersonal’ melibatkan kreativiti dan pentafsiran.

Sebagai contoh : Pemuzik dan Ahli sains.

 

Ketiga : ORANG

Orientasi tugas berkaitan kemahiran dalam aktiviti menolong, memberitahu, mengajar, memberi perkhidmatan, memujuk, menghibur, mendorong, menjual dan mengarah orang lain. Individu dalam bidang ini biasanya minat membantu dalam kehidupan orang lain.

Tugasan adalah ‘interpersonal’ seperti menolong, memujuk atau merangsang bertujuan mengubah perangai manusia.

Sebagai contoh : Guru, Jurujual, Jururawat.

 

Keempat : PERALATAN

Orientasi tugas adalah berkaitan aktiviti membina, memperbaiki, mengangkut. Mereka yang minat menggunakan kemahiran ini suka menggunakan peralatan dan mesin serta suka mengkaji bagaimana sesuatu itu berfungsi.

Tugasan adalah ‘non-personal’ seperti mengilang, menghantar dan membaiki.

Sebagai contoh ; Jurutera, Petani dan Buruh.