Pada masa ini, semua warga pendidik
dan warga pelajar seluruh dunia belajar secara dalam talian @ secara online.
Kaedah ini telah mulai dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
pada April 2020 di Malaysia, di mana ianya berkait rapat dengan SOP menjaga
jarak , mengelakkan sentuhan dan sebagainya.
Adakah ianya berkesan?
Untuk menjawab persoalan ini,
adalah sangat sukar untuk memberi jawapan yang tepat. Hal ini kerana ianya
melibatkan banyak faktor seperti tempat belajar yang kondusif di rumah,
jaringan liputan telco, penggunaan gajet atau kemudahan belajar yang dimiliki
oleh warga pendidik mahupun pelajar adalah berbeza bagi setiap tempat. Namun, Syabas
diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan seluruh warga pendidik dan
pelajar kerana telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan PdPr berjalan
dengan lancar walaupun mungkin segolongan kecil pelajar tiada akses yang baik kepada
internet dan sebagainya.
Di sini saya kongsikan beberapa
tips yang mungkin boleh membantu anda untuk kekal positif semasa PdPr
dilaksanakan.
1.
Budayakan Rutin Harian
Pelajar-pelajar boleh membudayakan rutin yang sihat
setiap hari dengan budayakan serta membahagikan rutin harian kepada perkara-perkara
yang positif sahaja. Contohnya seperti tidur awal, bangun awal, kurangkan penggunaan
skrin selepas sesi PdPr. Aktiviti lain yang sangat bagus untuk dilakukan juga
ialah seperti mengambil makanan yang sihat dan perlu sahaja serta melakukan
senaman setiap hari di awal pagi dan petang selama beberapa minit.
2.
Fleksibel
Masa Pdpr sebenarnya lebih dari cukup untuk para
pelajar menghadirinya dan melakukan ulangkaji yang sepatutnya. Hal ini kerana ,
masa yang diperuntukkan untuk 1 subjek sebenarnya Panjang, iaitu lebih kurang 2
jam. Dan ini memerlukan anda membahagikan masa dengan betul agar anda kekal
bersemangat.
3.
Urus Masa
Bahagian ini memerlukan anda merancang masa dengan
betul dan perancangan tersebut perlu diletak berhampiran tempat belajar agar
anda dapat melihat perkembangan atau pencapaian anda mematuhi masa yang
dirancang.
4.
Bermotivasi dan Sihat
Anda boleh menonton video-video motivasi dan tips-tips
sihat yang banyak boleh ditonton di youtube dan internet. Motivasikan diri anda
sendiri setiap hari juga dengan berbual-bual dengan guru anda atau ahli
keluarga. Ianya juga dapat mewujudkan suasana seronok pada setiap hari.
5.
Kekal Berhubung
Anda juga boleh menghubungi rakan-rakan melalui video
call setiap hari agar anda sentiasa rasa gembira. Mulai hari anda dengan menghantar
beberapa perkongsian atau gurauan bersama rakan-rakan agar hidup rasa lebih
sempurna.
6.
Tetapkan Matlamat Kecil
Anda juga boleh menetapkan matlamat yang kecil setiap
hari agar anda rasa tidak terbeban. Tidak perlu rasa tertekan disebabkan anda
tidak dapat memahami sepenuhnya pembelajaran secara online kerana semua pelajar
pasti merasa begitu. Guru-guru pastinya faham dengan keadaan sekarang, kerana
pembelajaran secara bersemuka pun sukar untuk mencapai objektifnya, apatah lagi
secara online.
7.
Beribadat Dan Lakukan Aktiviti Kerohanian
Hak ini juga penting, kerana hubungan anda dengan tuhan juga
akan memberikan anda rasa tenang dan rasa dibantu. Oleh yang demikian, cubalah
sedaya upaya untuk bertafakur dan melakukan ibadat setiap hari.
Ringkasnya, kejayaan dan keberkesanan
PdPr ini sangat bergantung kepada diri anda. Jadi, bermula lah hari ini, dan
semoga anda semua dimudahkan menghadapi suasana pandemik yang mencabar serta
dilindungi dari wabak yang melanda.
Selamat mencuba.
0 Comments