ONET OnLine adalah sebuah platform yang sangat bermanfaat untuk digunakan oleh pelajar-pelajar mahupun mahasiswa dan mahasiswi di peringkat universiti. Laman ini boleh dilayari melalui link berikut iaitu  https://www.onetonline.org/ .
Apa yang menarik adalah, laman ini menyediakan khidmat ujian "Interest Profiler" di mana individu akan menjawab beberapa soalan yang akan menentukan kecenderungan profil kerjaya yang sesuai. Platform ini menggunakan kod personaliti kerjaya J.Holland sebagai rujukan. Hasil ujian, pengunjung akan mengetahui kecenderungan dan minat melalui 6 tipologi Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional.
Selain itu, istimewanya di O*NET ialah pengunjung boleh mencari kerjaya yang ingin diketahui dengan hanya menaip keyword atau mengikut industri. Malah, banyak info pekerjaan akan anda perolehi di laman ini. 
Rumusannya, terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi dari laman ini. Namun, saya ingin menekankan 2 fokus sahaja untuk diberi perhatian oleh para pelajar.

Fokus Pertama : Mengenal diri
Perkara ini sangat subjektif sebenarnya, sebab kadang-kadang tuan empunya diri pun taka dapat mengenal diri sendiri dengan baik. Di sini saya ingin memberi tips bagaimana nak mengenal diri :-
i. Pertama , digalakkan berjumpa dengan kaunselor atau guru kaunseling di sekolah untuk mendapatkan konsultasi berkaitan personaliti, bakat dan sebagainya.
ii. Kedua, boleh cuba mendapatkan khidmat  tele-kaunseling di mana anda boleh memilih kaunselor di institusi-institusi seperti di universiti, kolej dan sebagainya
iii. Ketiga, boleh juga melayari web seperti O*NET OnLine atau Afterschool.my dan sebagainya.

Fokus Kedua : Mencari Maklumat Kerjaya Trend Terkini
Di sini, saya melihat segolongan besar pelajar di Malaysia, tidak memiliki maklumat yang banyak atau mencukupi dalam bidang kerjaya yang sedang trending atau diperlukan di Malaysia pada masa kini. Berbanding pada era 80an ke 90an, pelajar yang pada masa itu, tidak memiliki capaian internet dan hanya berharap dengan surat khabar dan medium televisyen, pelajar pada era tersebut dilihat lebih berupaya mencari dan berusaha untuk memilih bidang yang diperlukan pada masa tersebut.
Walaupun, pada era sekarang, maklumat sangat mudah dicapai dan dicari, sepertinya segolongan besar pelajar makin terhimpit dan ketandusan idea untuk mencari maklumat tentang kerjaya yang berpotensi. Malah, diburukkan lagi dengan tidak mahu bertanya kepada yang sepatutnya. Maka, akhirnya mereka telah membuat keputusan hanya berdasarkan apa yang diketahui.

Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa tips penting untuk dilakukan oleh mereka yang bergelar pelajar agar dapat berusaha untuk mencari kerjaya yang trending.
i. Layari laman  https://www.talentcorp.com.my/  untuk mendapatkan maklumat berkaitan laporan kerjaya kritikal di Malaysia dan trend yang berlaku pada masa kini.
ii. Layari laman   https://www.myfuturejobs.gov.my/ dan https://www.jobstreet.com.my/ untuk dapatkan maklumat tentang pasaran kerjaya di Malaysia.
Bermula dengan 3 laman di atas, anda seharusnya telah mendapat ilham bagaimana untuk mencari maklumat bidang kerjaya. 

Selamat mencuba dan moga bermanfaat kepada semua.