Konsep Asas Memilih Bidang Pengajian Untuk
Kerjaya
Individu akan cuba dan cenderung memilih pekerjaan yang disukai oleh dirinya. Tanpa memikirkan impak pada aspek kepuasan kerja dan kepuasan hidup di kemudian hari.
Walhal, banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum
memasuki satu-satu bidang pengajian untuk kerjaya. Pada era tahun 2020 dan ke
atas, banyak perubahan yang sangat cepat dan mendesak telah menjadi faktor
dalam pemilihan bidang pengajian untuk kerjaya. Ini disebabkan perkembangan
teknologi atas talian yang begitu pesat pada masa kini, sehinggakan semua
perkara ingin dilakukan secara dalam talian.
Memilih Bidang Pengajian
Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan
tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas
atau tiada mempunyai minat. Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang
personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang
dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. Remaja kekurangan atau tiada
pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan. Jadi, apa yang
harus anda lakukan?
Jom, teruskan membaca strategi yang mungkin akan membantu
anda memilih bidang yang sesuai.
Strategi asas sebelum memilih bidang pengajian
Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
Mengenalpasti
dan menganalisis atau mengenali dunia pekerjaan.
Memadankan potensi diri dengan bidang kerjaya yang sesuai seperti di bawah ;-
PROFIL KERJAYA HOLLAND
1. REALISTIK
(individu jenis praktikal - kemahiran pertukangan dan
mekanikal.
Ciri-ciri
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang,
berdikari, fizikal, materialistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif,
normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik
akal.
Suka
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti
manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan,
tumbuhan, dan haiwan.
Tidak suka
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri,
bekerja dengan orang lain.
Orientasi
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit,
manipulasi objek.
Pekerjaan
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan,
mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai
perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur,
penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
Bidang pengajian
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi
perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan
penternakan.
Persekitaran akademik
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan
memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai
seperti wang kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu
melihat dunia secara mudah dan tradisional.
2. INVESTIGATIF
(orang jenis menganalisis - saintifik dan teknikal)
Ciri-ciri
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli,
rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati,
cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
Suka
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik,
pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
Tidak suka
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang
rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
Orientasi
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
Pekerjaan
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji
cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli
patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis
rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
Bidang pengajian
Perubatan, sains dan matematik, ekonomi, geologi, sains
industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber
asli, kejuruteraan sains geoinformasi.
Persekitaran akademik
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan
penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan
semulajadi.
3. ARTISTIK
(orang jenis berkarya - seni, muzik dan penulisan)
Ciri-ciri
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi,
introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang
bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif,
terbuka, idealistik, tidak praktikal.
Suka
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung
aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis,
penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
Tidak suka
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja
perkeranian, perniagaan dan system pengurusan dan pentadbiran, manipulasi data.
Orientasi
Berkarya, mencipta idea.
Pekerjaan
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka
fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari,
pengarah drama/ teater, penyair, penyunting filem, juru solek, pelukis,
wartawan.
Bidang pengajian
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan
budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
Persekitaran akademik
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi
kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan
fleksibel.
4. SOSIAL
(orang jenis sosial - pendidikan dan kebajikan)
Ciri-ciri
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat,
memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik,
riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka
bergaul, pemurah, kewanitaan.
Suka
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial,
menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan,
menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah
masyarakat.
Tidak suka
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan,
kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
Orientasi
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
Pekerjaan
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor,
pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi
klinikal, diplomat, ahli sosiologi
Bidang pengajian
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains,
kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia,
ekologi manusia.
Persekitaran akademik
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu,
melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan
kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang
fleksibel.
5. ENTERPRISING
(orang jenis usahawan - pengurusan dan perniagaan)
Ciri-ciri
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert,
berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin,
mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal
yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri,
maskulin, bermotivasi.
Suka
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan,
ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
Tidak suka
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal,
intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
Orientasi
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
Pekerjaan
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim,
pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai,
usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham,
spekulator, pengurus personal.
Bidang pengajian
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan,
perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan,
rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
Persekitaran akademik
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan
manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai
keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu
melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.
6. KONVENSIONAL
(orang jenis sistematik - perkerjaan dan organisasi
pejabat)
Ciri-ciri
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun,
bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka
berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin,
konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid bergantungan.
Suka
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada
masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat
dan sistem fail.
Tidak suka
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif,
situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
Orientasi
Manipulasi data dan sistematik.
Pekerjaan
Akauntan, Operator Komputer, Kerani Pos, Pustakawan, Peguam
Kredit, Pegawai Cukai, Kerani Kewangan, Jurutaip, Setiausaha, Juruaudit,
Pegawai Statistik, Pegawai Kawalan Mutu, Juru Trengkas, Penilai Harta, Kerani
Kaunter, Guru Perdagangan.
Bidang pengajian
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan
pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan
pendidikan, perniagaan.
Persekitaran akademik
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian,
manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang,
pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara
konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.
Sumber
: Modul Perkembangan Kerjaya (Holland Codes)
Dikemaskini : doktorkerjaya.blogspot.my
0 Comments