CARIAN DATA @ INFO DALAM BLOG

Thursday, 17 July 2014

SIRI 7 : KAREKTOR ; MAKNA MENGIKUT TARIKH LAHIR

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sumber : http://tarikhlahir.blogspot.com/

Wednesday, 16 July 2014

SIRI 6 : KENAL DIRI DENGAN MENJAWAB UJIAN PERSONALITI



Memandangkan tugas guru berkait rapat dengan pembentukan personaliti murid-muridnya maka ada baiknya disediakan beberapa ujian personaliti untuk  membantu guru pelatih memahami diri sendiri dengan lebih mendalam lagi. Ujian-ujian ini diperoleh dari sumber-sumber internet dan telah diterjemahkan.Ujian-ujian yang disediakan hanya merupakan panduan am sahaja. Bagaimanpun sebarang ujian yang sah harus diperoleh daripada ahli psikologi, kounselor yang bertauliah sahaja.

Selamat mencuba!


horizontal rule

bulletUjian Personaliti - Keirsey Temperament Sorter (10 minit)
bulletUjian Personaliti Berasaskan Corak (3 minit)

bulletUjian Personaliti: Bertanggungjawab (5 minit)
bulletUjian Personaliti: Rasa Hampa (5 minit)
bulletUjian Personaliti: Inkuisitif (5 minit)
bulletUjian Personaliti: Populariti (5 minit)
bulletIndikator Personaliti: (3 minit)
bulletInventori Gaya Pembelajaran Schmeck 1983 (5 minit)
bulletInventori Gaya Pembelajaran Paragon
bulletDimensi Extrovert-Introvert (5 minit)
bulletDimensi Sensate-iNtuitive (5 minit)
bulletDimensi Thinker-Feeler (5 minit)
bulletDimensi Judger-Perceiver (5 minit)
bulletIndeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder
bulletDimensi Active-Reflective (5 minit)
bulletDimensi Sensing-Intuitive (5 minit)
bulletDimensi Visual-Verbal (5 minit)
bulletDimensi Sequential-Global (5 minit)
bulletTaksiran Kecenderungan Hemisferik (5 minit)
bulletProfail Respons Adversiti (5 minit)
bulletUjian Optimis Yang Dipelajari - Seligman (20 minit)



ANDA SEMUA BOLEH CUBA AMBIL UJIAN  PERSONALITI DI WEB TERTERA DI BAWAH :

http://www.teachersrock.net/personaliti.htm

Tuesday, 15 July 2014

SIRI 5 : KENALI BAKAT ANDA

Bakat, pada tafsiran adalah kebolehan Anda melakukan sesuatu dengan sangat baik, bagus sekali. 

Bakat juga dapat diertikan sebagai kemahiran yang paling banyak Anda kuasai lebih daripada orang lain di sekeliling Anda.

Jika Anda dah tahu apa bakat Anda, itu dah bagus. 

Tapi, bagaimana nak ketahui apa bakat Anda? 

Bagaimana jika bakat itu terpendam dan Anda masih tak nampak apa bakat Anda? 

Lakukan langkah-langkah di bawah…



1. Buat perkara yang tak pernah Anda buat sebelum ni. Kata orang, belum cuba belum tahu. Kata saya sebagai blogger Anda, selagi tak buat, selagi itu kita tak tahu! Jangan sekadar mencuba, buat saja!

Dengan itu, Anda akan cepat tahu di mana kelebihan Anda dan di mana kekurangan Anda. Kelebihan Anda, itulah bakat Anda yang sebenar.



2. Buat apa yang Anda paling minat. Sesetengah orang boleh buat 3 perkara dalam 1 masa. Ada orang minat komputer, dalam masa yang sama minat menulis, meminati sukan lasak dan minat memasak.

Untuk tahu di mana bakat Anda, kenal pasti mana satu kemahiran yang paling Anda minat lebih dari kemahiran-kemahiran lain. Bila dah ada minat, anda akan rasa seronok menambah pengetahuan mengenainya.



3. Tanya kawan atau ahli keluarga. Orang lain dapat lihat apa yang Anda tak nampak. Tanya ahli keluarga, ibu bapa atau kawan rapat apa yang mereka lihat menjadi bakat Anda.

Tanya mereka apa yang menjadi kelebihan Anda pada penilaian mereka. Sebaiknya, tanya ibu dan bapa sebab mereka memahami diri Anda dari kecil.



4. Doa pada Yang Maha Esa supaya tunjukkan pada Anda apa bakat Anda. Bagi pembaca iMotivasi beragama Islam, sebaik-baik pertanyaan adalah pertanyaan yang diajukan pada Yang Maha Esa.

Panjatkan doa, minta agar ditunjukkan apa bakat Anda, kebolehan Anda dan kelebihan Anda. Selagi Anda masih tak puas hati, selagi itu teruskan berdoa. Jangan berhenti selagi jawapan tak muncul!



5. Tanya diri sendiri apa bakat Anda. Mulakan dengan soalan “apa bakat aku?”. Tanya dan terus tanya sehingga Anda bertemu dengan situasi, perkara atau benda yang menjadi jawapan pada soalan Anda.

Teknik kedua, tanya diri dengan soalan “dengan cara apa aku boleh tahu apa bakat aku?” atau “apa yang mungkin boleh aku boleh gunakan untuk mengetahui apa bakat aku?”.


Bila Anda dah bertanya sebanyak mungkin, sekerap mungkin, minda Anda akan berusaha mencari jawapannya. Apa yang minda Anda fokuskan, itulah yang akan ditarik olehnya supaya datang pada Anda lalu muncul di depan mata Anda.

Untuk mengetahui apa bakat Anda, teruskan bertanya soalan sehingga Anda benar-benar pasti jawapan yang muncul di antara beberapa jawapan menjadi petanda itulah bakat Anda yang sebenarnya. 

Tanya dan terus tanya!



Sumber :   http://kaunselingonline.blogspot.com/2009/04/kenali-bakat-anda.html

Monday, 14 July 2014

SIRI 4 : CARA KENALI SIKAP ORANG


Siapa yang tidak dibelenggu masalah apabila berhadapan dengan orang yang suka menipu atau memutarbelitkan setiap kenyataan.

Sikap sebegini juga membuatkan kita turut berhadapan masalah membabitkan kepercayaan dan kejujuran.

Memperkatakan soal kejujuran dan kepercayaan, ia sememangnya berkait dengan pelbagai hal dalam rutin kehidupan biarpun sewaktu bertemu orang tidak dikenali apatah lagi tatkala mahu mencari pekerjaan.

Justeru, analisis perlakuan sangat berguna dalam mengharungi kehidupan seharian, malah boleh dipelajari dengan mudah.
Foto
SHUHADA menegaskan ilmu analisa perlakuan penting dalam semua situasi atau bidang pekerjaan.

Menurut Pakar Terapi Warna dan Pembentukan Personaliti Master Yourself Revamp Your Life (MYRYL), Shuhada Alauddin, analisis perlakuan adalah satu kemahiran yang sangat penting untuk mengenali sikap orang di sekeliling dengan hanya melihat riak wajah, pertuturan dan gerak bahasa badan.

“Ada manusia yang suka menipu kerana ia sudah menjadi tabiat hingga terbawa-bawa apabila meningkat dewasa. Justeru, ilmu mengenai analisis perlakuan sangat berguna bagi melindungi diri kita daripada manusia yang suka menipu.

“Selain melindungi diri daripada penipu, ia juga berguna bagi meningkatkan keyakinan diri dan mengubah perlakuan ke arah positif untuk mengelak daripada kesilapan menghantar isyarat hingga menimbulkan persepsi negatif pada orang lain yang melihat,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa kategori dalam analisis perlakuan iaitu riak wajah, pertuturan dan gerak badan manakala perlakuan profil (menonjolkan diri) dapat dilihat menerusi kata-kata serta gerak mata. 


Pentingnya setengah saat

Perlakuan seseorang boleh dilihat menerusi riak pada bahagian mata, ­hidung, mulut, dahi dan ­hujung mata. Namun, sebelum menilai perlakuan individu itu, kita perlu tahu kebiasaan sikap dan perangai mereka.

“Riak wajah boleh dilihat dengan jelas untuk mengetahui emosi seseorang yang berada di depan kita sama ada mereka bersikap yakin, menipu atau bimbang.

“Misalnya apabila bertugas di bahagian jualan, kita boleh tahu sama ada pelanggan sedang mendengar atau bosan apabila mereka kerap memegang telinga dan hidung atau memberi tumpuan sepenuh­nya.

“Jika riak wajah pelanggan atau rakan di depan kita menunjukkan tanda kebosanan, berhenti bercakap mengenai topik sama dan tukar kepada perkara lebih menarik atau disukai,” katanya.

Tambahnya, kita perlu bijak dan pantas melihat reaksi wajah seseorang yang ditemui kerana ia hanya berlaku dalam tempoh 0.5 saat. Tempoh singkat itu penting bagi kita untuk memastikan sama ada berjaya menguasai perhatian dan kepercayaan mereka atau sebaliknya.

Selain itu, kita harus lebih berhati-hati jika orang yang sedang mendengar bicara menggosok belakang badan atau menunjukkan muka marah kerana mungkin ada fakta dan perkataan yang silap dituturkan pada mereka.

Bukan itu saja, mengenali riak wajah juga boleh digunakan untuk melihat reaksi majikan terutama ketika mesyuarat misalnya mengenal pasti sama ada majikan berminat dengan idea dicadangkan atau sebaliknya.


Mata

Jika kebiasaan seseorang itu gemar bercakap dengan melihat terus pada mata pendengar, itu tidak menjadi masalah. Namun, kita boleh lihat perbezaan sama ada dia bercakap benar atau tidak jika perangainya tampak berbeza seperti tidak tentu arah dan mata melilau ke arah lain.


Hidung

Kita boleh mengetahui pendengar bosan atau suka mendengar percakapan apabila mereka membuat reaksi yang menjengkelkan seperti menyengetkan hidung sebagai tanda menyampah atau meluat.
Selain itu, perlakuan yang jarang dilakukan seperti menggosok hidung turut memberi makna si pendengar atau yang bercakap berasa bimbang atau sedang menipu.


Mulut

Apabila bercakap dengan orang yang lebih berpengalaman daripada kita, cuba gunakan perkataan yang baik bagi mengelakkan mereka berasa seperti tidak dihormati.

Jika kita lihat ada antara rakan yang menyengetkan sedikit mulut mereka, pasti ada sesuatu yang tidak ­menyenangkan hati sama ada menerusi perkataan diucapkan atau menganggap kita sedang merendah-rendahkan diri mereka.

Untuk mengambil hati mereka kembali, cuba babitkan individu berkenaan dalam perbincangan seperti meminta pandangan jika dia memiliki idea bernas.


Dahi

Keikhlasan seseorang mungkin dapat dilihat ­menerusi dahinya. Caranya dengan melihat bahagian dahi seperti ketika senyum. Keikhlasan mereka dapat dilihat ketika melontarkan senyuman tanpa menimbulkan garis halus di dahi. Berbanding mereka yang senyum sekadar mahu mengambil hati, kerutan di dahi tampak sangat jelas.


Hujung mata

Apabila kita terkejut, kedua-dua mata akan memberi reaksi seiring dengan dahi seperti mata membulat dan dahi ternaik. Berbanding mereka yang takut, hanya mata saja yang menunjukkan reaksi seolah-olah terkejut.


Pertuturan

Cara pertuturan bukan saja dapat mengungkap sikap seseorang, malah ia juga dapat memberi tahu kita mungkin ada sesuatu perkara yang cuba disembunyikan.

Misalnya, mereka yang berbohong akan mengulangi perkataan sama atau persoalan yang diajukan kepada mereka ketika memberi jawapan berbanding kebiasaannya yang lancar menjawab setiap pertanyaan tanpa berselindung.

“Selain itu, ada juga yang cuba mahu menutup kesalahan dengan tidak membabitkan diri dalam penceritaan misalnya menjadi orang ketiga yang terbabit dalam kemalangan.

“Biasanya, mereka akan menceritakan mengenai keseluruhan situasi kemalangan tanpa membabitkan diri dalam kisah yang dikongsi bersama orang lain bagi menutup kesalahan,” katanya.

Tambahnya, ada juga yang mahu menutup kesalahan dengan hanya menceritakan kisah positif yang berlaku berbanding kesan negatif hasil daripada kesalahan.

Bukan itu saja, malah menerusi pertuturan kita boleh melihat perbezaan perlakuan seseorang sama ada mereka menjawab soalan diajukan dengan betul atau sebaliknya.


Gerak badan

Selain penampilan kemas, imej keyakinan diri seseorang itu juga dapat dilihat ketika mereka berdiri atau duduk. Berdiri tegak dengan kaki terbuka sedikit dan tangan tidak dimasukkan ke dalam poket menunjukkan ciri-ciri keyakinan seseorang.

Duduk dengan betul seperti badan tegak dan tangan di atas meja sambil digenggam juga boleh menonjolkan keyakinan diri. Jika suka melakukan gerak badan yang menonjolkan keadaan diri yang tidak yakin, ia boleh diubah dengan mengamalkan cara betul bagi mengelakkan persepsi negatif daripada majikan terutama ketika menghadiri sesi temu duga.

“Ketika menghadiri temu duga, cuba duduk tegak, menyengetkan sedikit kerusi dan duduk dengan posisi badan menegak sambil muka memandang tepat ke depan atau ke arah penemu duga.

“Posisi badan tegak dan memandang ke arah penemu duga menunjukkan tanda hormat dan seolah-olah memberitahu majikan kita boleh menerima sebarang arahan diberikan dengan baik.

“Sebaiknya, tangan di atas meja dan bukan di bawah kerana ia menunjukkan kita seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu perkara benar mengenai diri sendiri,” katanya.

Elak daripada bersandar sepenuhnya di kerusi dengan kaki bersilang ke belakang ketika duduk. Ia menunjukkan kita dalam keadaan gemuruh atau tidak mempunyai keyakinan tinggi.

Selain mempersiapkan diri dengan posisi yakin, kita juga dapat melihat sama ada majikan berminat dengan kita atau tidak menerusi reaksi penemu duga yang meletakkan tangan di muka bagi menunjukkan mereka memberi sepenuh perhatian ketika kita memperkenalkan diri.

Selain itu, sesi temu duga juga akan berlangsung dalam tempoh lebih panjang berbanding orang lain kerana majikan berminat dengan potensi yang ada dalam diri kita.

Bukan hanya untuk sesi temu duga, bahasa gerak badan boleh menentukan betapa seriusnya hubungan dengan pasangan yang baru dikenali.


Perlakuan profil

Analisa perlakuan profil yang bertujuan menonjol­kan kehebatan diri boleh diperbaiki menerusi ayat dan gerak mata untuk menarik minat orang lain ketika menyampaikan sesuatu penceritaan atau produk dengan cara yang lebih difahami serta berkesan.

Terdapat beberapa cara memahami pendengar menerusi cara mereka melihat tatkala mendengar. Antaranya:


- Visual

Mereka yang lebih gemar melihat ke atas adalah orang yang sukakan teknik visual. Mereka lebih suka jika kita menggunakan cara visual seperti menunjukkan carta bagi menarik perhatian dan minat mereka mendengar.


- Audio

Mata mendatar ke kiri atau ke kanan. Mereka lebih suka jika kita menggunakan audio dalam bentuk bunyian seperti video dan lagu ketika menyampaikan sebarang maklumat.


- Kaedah kinestatik

Individu ini suka menggerakkan mata ke kanan bawah yang bermaksud mereka lebih selesa jika diterangkan menggunakan contoh barang atau perlu merasa terlebih dulu produk diterangkan sebelum bersetuju untuk mendengar dan membeli. 


- Audio digital

Ketika mendengar atau bercerita, individu ini suka menggerakkan mata mereka ke kiri bawah yang menunjukkan mereka menyukai fakta. Justeru, kita perlu bijak mencari maklumat dan fakta bagi menguatkan kepercayaannya terhadap perkara yang dibincangkan.


Tambahnya, sesiapa saja yang bekerja atau perlu berkomunikasi dengan orang lain harus mempunyai ilmu mengenai perlakuan manusia bagi memudahkan diri melakukan sebarang bentuk urusan.

Tidak kira apa sekalipun kerjaya, ilmu mengenai analisis perlakuan sangat penting bagi mengelakkan diri berisiko ditipu atau tiada sefahaman dengan orang lain.

Sumber  :    http://cikgumoka.blogspot.com/2014/01/cara-mengenali-sikap-orang.html

Thursday, 10 July 2014

SIRI 3 : MENGENAL DIRI MELALUI PERWATAKAN

Rahsia Perwatakan Anak Melalui ;

1. Fizikal

2. Tarikh Lahir 

3. Warna  

4. Urutan dalam Keluarga



Mengikut kajian pakar motivasi Dato' dari fadzilah kamsah


Dari segi fizikal


-Bertubuh kurus

seorang yang agak gemuruh,kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak.agak penakut.suka diberi penghargaan dan belaian orang lain


-Bertubuh sederhana
 
suka tidur dan kuat makan.kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak.sensitif,mudah marah dan inginkan kesempurnaaan


-Bertubuh gemuk

seorang yang tenang.penyayang,mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja,agak lambat berfikir tapi ngatan tajam,cabar dan jarang marah.





Tarikh lahir

lahir bulan 2,4,6,8,9,11,12

-kelam kabut,mudah tertekan,selalu nak cepat,kurang sabar,inginkan kesempurnaan,sentiasa nak cari kehebatan


lahir bulan1,3,5,6,7,10,12

-tenang ,mudah bertolak ansur,mudah diajak berbincang


lahir bulan2,3,4,7,8,9

-emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung


Dari segi warna


hijau
-mencintai alam sekitar,pemurah,ambil berat,penyayang,berperikemanusiaan,kritis ,banyak idea


hitam
-serius,tinggi iltizam,buat sesutu dengan bersungguh2


putih
-optimis,sabar,sangka baik,suka kedamaian


merah jambu
-penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi


oren
-suka kebebasasn,kreatif,aktif ,agak kelam kabut,ramai kawan,semangat tinggi


kuning
-ceria,tahan lasak,suka berkawan


biru muda
-sensitif,beretika,suka menolong,suka bekerjasama,sedia berkorban untuk orang lain


emas/perak
-suka kepada kejayaan




Urutan dalam keluarga


anak sulung
-cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek,jadi model kepada adik2 ,pandai pujuk,suka kawal orang lain


anak tengah
-suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur


anak bongsu
-berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif


anak tunggal 
-yakin,tak bergantung pada orang lain,cemrmat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

Mohon share dari hamba Allah swt yang berkenaan

Wednesday, 2 July 2014

SIRI 2 : MENGENAL DIRI

1st step ~ 

Syarat utama untuk  mengenal diri ialah dengan mengenal kekuatan yang dimiliki oleh diri sendiri. 


Mengenal kekuatan yang ada dalam diri adalah penting, agar kita mampu meletakkan diri kita di tempat yang sesuai. 


Ada 3 kekuatan yang wujud dalam diri kita dan perlu kita kenali. Kekuatan tersebut ialah :

1. Kekuatan akal                      ~ Kemampuan otak untuk berfikir dengan efektif



2. Kekuatan jiwa                     ~ Kemampuan  dalaman  menghadapi sebarang kemungkinan



3.  Kekuatan perasaan             ~ Kemampuan meyeimbangkan  emosi dalam pelbagai situasi



KEKUATAN AKAL

Hari ini kita akan mengupas dan membincangkan bagaimana dan kenapa kita harus faham dan kenal kekuatan akal kita sendiri.

Manusia secara naturalnya memang bergerak menggunakan akal, namun sekiranya kita faham dan pakar dalam menggunakan akal ini, maka akan lebih mudahlah kita untuk mendepani segala halangan dan cabaran dalam hidup ini.

Sebagai contoh, cuba kita tanya diri kita apakah yang biasa kita fikirkan?  yang kita minat? yang kita inginkan ? dan sebagainya. Atau bila orang lain bertanya perkara tersebut, adakah kita akan menjawab dengan lancar dan yakin? 

Selalunya kita akan akan teragak-agak menjawab dan kurang yakin dengan jawapan sendiri. Hal ini berlaku kerana kita sendiri belum cukup faham dengan diri kita sendiri. Malah ramai manusia tidak kenal diri sendiri, asyik terikut-ikut dengan pengaruh rakan dan taulan dalam kehidupan atau iklan-iklan dan personaliti orang. 

Oleh yang demikian, untuk faham dan kenal diri.

Langkah 1 

cuba senaraikan apa kelebihan anda sebanyak mungkin. Senaraikan juga kekurangan diri / kelemahan.

Langkah 2

cuba senaraikan minat di masa lapang, makanan yang disukai, muzik yang digemari, dan apa jua yang anda suka.

Langkah 3

cuba cari seorang rakan rapat atau keluarga anda, berikan sehelai kertas, minta tolong mereka untuk memberi komen mengenai anda berkaitan perkara-perkara di atas.

Langkah 4

jumpa guru-guru anda, minta komen sekali lagi berkaitan perkara yang sama.

Langkah 5

setelah selesai, cuba bandingkan dan kaji semua senarai tersebut. Buat senarai perbandingan antara semua yang terlibat.

Langkah 6

jadi, sekarang anda telah berjaya mengenal sedikit sebanyak berkaitan diri anda. Adakah proses mengenal diri ini telah tamat? BELUM LAGI DIK OI... sekarang fokuskan bebrapa perkara yang anda ingin tambah baik..

Langkah 7

jadi, bertindaklah untuk improve... better late than never...


Renung-renungkanlah... topik ini akan diteruskan dalam topik yang akan datang....




Tuesday, 1 July 2014

BAGAIMANA MENGENAL DIRI ???

BELAJAR MENGENAL DIRI ?

Tahniah !!!!!!             


Kerana anda cuba untuk mengenal diri anda .        


Walaupun sukar, tetapi bila di cuba ternyata rupanya sangat senang.




1st step ~ 


Syarat utama untuk  mengenal diri ialah dengan mengenal kekuatan yang dimiliki oleh diri sendiri. 


Mengenal kekuatan yang ada dalam diri adalah penting, agar kita mampu meletakkan diri kita di tempat yang sesuai. 


Ada 3 kekuatan yang wujud dalam diri kita dan perlu kita kenali. Kekuatan tersebut ialah :

1. Kekuatan akal                      ~ Kemampuan otak untuk berfikir dengan efektif



2. Kekuatan jiwa                     ~ Kemampuan  dalaman  menghadapi sebarang kemungkinan



3.  Kekuatan perasaan             ~ Kemampuan meyeimbangkan  emosi dalam pelbagai situasi




Renung-renungkan dulu perkara di atas sebelum kita merungkai diri anda satu persatu bersama-sama tajuk yang akan saya publish setiap hari....


To Be Continue...........

SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG MULIA ~ RAMADHAN ALMUBARAK

Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.