Wednesday, 18 June 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Lihat dan jenguk web   www.penerajuedu.com  ..

Cuba mohon biasiswa dan apa saja yang berkaitan dengan diri anda untuk membantu ringankan  kos study ..

Peneraju Tunas Geliga

Peringkat Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah – pelajar berprestasi sederhana berpotensi dari latarbelakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana akan disalurkan ke sekolah yang berkualiti tinggi.

Pendaftaran bagi program ini telah ditutup. Pendaftaran seterusnya untuk pelajar UPSR tahun 2014 akan dibuka sekitar bulan September 2014.

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai program biasiswa Peneraju Tunas Geliga.


Peneraju Tunas Potensi


Program ini merupakan satu program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Sebagai pemegang biasiswa Peneraju Tunas Potensi, pelajar terpilih akan mendapat:

• Biasiswa penuh
• Program pemupukkan dan pembangunan pelajar

Pendaftaran bagi program ini telah ditutup. Pendaftaran seterusnya untuk pelajar SPM/STPM tahun 2014 akan dibuka sekitar bulan April 2015.

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai Peneraju Tunas Potensi.


Peneraju Skil Iltizam

Program Peneraju Skil Iltizam merangkumi program-program tajaan kemahiran dan vokasional untuk remaja berusia 17-21 tahun. Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di bawah Peneraju Skil Iltizam yang meliputi industri minyak dan gas, pelancongan, pelabuhan, perkapalan dan sebagainya.

Pendaftaran untuk program ini adalah dibuka sepanjang tahun. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

a. Peneraju Skil Iltizam (Industri Minyak dan Gas) b. Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan)

Peneraju Skil – Perakaunan

Program ini direka untuk memberi peluang kepada pekerja bukan eksekutif untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perakaunan melalui pensijilan Certified Accounting Technician (CAT), Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB) atau The Chartered Institute of Management Accountants – Certificate in Business Accounting (CIMA – CBA).

Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut

Peneraju Juruteknik Pesawat Berlesen

(dengan peluang dinaiktaraf ke Jurutera Pesawat Berlesen)
Program Peneraju Juruteknik Pesawat Berlesen dilancarkan pada Oktober 2013 sebagai satu lagi inisiatif untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam industri penerbangan negara dan antarabangsa. Ini adalah selaras dengan aspirasi YPPB untuk membawa Bumiputera ke arah kerjaya berpendapatan tinggi, melalui pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut

Peneraju Skil – Jurukimpal

Program pertama yang dilancarkan di bawah teras Peneraju Skil ini adalah Peneraju Skil – Jurukimpal dengan tujuan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti jurukimpal Bumiputera di sektor minyak dan gas melalui pensijilan 6G GTAW/ SMAW or 3G FCAW dengan Welder Qualification Test (WQT).

Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut

Peneraju Skil – Inspektor Kimpalan

Program ini dijalankan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti Inspektor Kimpalan Bumiputera di industri Minyak dan Gas melalui pensijilan CSWIP 3.1 Welding Inspector serta penempatan pekerjaan di sektor minyak dan gas.

Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut

Peneraju Profesional Akauntan Muda

Program terbaru di bawah Teras Peneraju Profesional ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah akauntan yang mempunyai pensijilan profesional serta memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM, diploma dan penuntut sarjana muda perakaunan tahun ketiga dan tahun akhir yang berhasrat untuk memulakan pensijilan profesional perakaunan. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Peneraju Profesional Akauntan Muda Peneraju Profesional Akauntan Muda – Sarjana

Peneraju Profesional Akauntan

Program Peneraju Profesional Akauntan telah dilancarkan pada tahun 2012 sebagai inisiatif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam industri audit negara. Ini adalah selaras dengan aspirasi YPPB untuk meningkatkan kebolehan Bumiputera untuk mendapatkan kerjaya berpendapatan tinggi, melalui pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Peneraju Profesional – Pensijilan Perakaunan

Program ini direka untuk meng galakkan penglibatan Bumiputera untuk mendapatkan kerjaya berpendapatan tinggi melalui pendidikan dan pensijilan berkualiti (ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW atau MICPA - ICAA) sambil meneruskan kerjaya di syarikat di mana peserta berada sekarang.

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Peneraju Profesional
– Chartered Financial Analyst ®

Program ini direka untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera untuk mendapatkan kerjaya berpendapatan tinggi melalui pensijilan dan pentauliahan berkualiti seperti Certified Financial Analyst® sambil meneruskan kerjaya di syarikat di mana peserta berada sekarang.

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.


Hubungi :

Alamat pejabat:
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian am: +603-2727 9000
Faks: +603-2727 9090

Alamat E-mel:

Soalan umum: info@penerajuedu.com
Karier bersama kami: jobs@penerajuedu.com

NEGARA HEBAT BERMULA DENGAN WATAK - WATAK YANG HEBAT RAKYATNYA

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM...

SALAM  SEJAHTERA...

SALAM MESRA...

YA RAHMAN..

YA  RAHIM...

YA  WAHHAB...

YA  RAZZAQ..



Setelah lama tidak menulis di blog ini, sedar tidak sedar blog ini telah dilawati ramai pengunjung dalam dan luar negara. Berbaloi jugak ilmu yang dikongsikan ini menjadi perhatian ramai.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DARI SAYA KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBERI KOMEN.....

Post di bawah ini saya jadikan mukadimmah bagi permulaan baru bagi diri saya untuk mula aktifkan blog ini sebagai sumber ilmu perkongsian semua..iaitu sebuah cerita perangsang motivasi anda semua.

Sikap yang positif adalah kunci kejayaan 


Sikap adalah kunci kepada kejayaan seseorang itu dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ianya sangat penting malah sikap adalah lebih penting daripada kebijaksanaan, pelajaran, keputusan peperiksaaan atau apa jua perkara-perkara lain. Seseorang yang mempunyai sikap yang positif biasanya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia, boleh pergi lebih jauh dalam kerjaya yang diceburi, dan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Jadi apa yang saya ingin kongsikan dalam artikel kali ini dengan anda semua adalah bagaimana untuk menjadikan sikap yang positif dalam kehidupan kita.


Pertama sekali untuk menjadikan sikap anda positif adalah anda perlu tahu betapa pentingnya mempunyai sikap yang positif itu. Sekiranya anda tidak tahu akan pentingnya seseorang itu mempunyai sikap yang positif maka anda tidak akan mempunyai motivasi yang cukup dalam mengambil langkah menjadikan diri anda bersikap positif. Perlu diingat yang ini bukan hanya satu konsep yang kecil dimana ia sebenarnya adalah satu ruang kecil di dalam kehidupan kita. Mempunyai sikap yang positif juga sebenarnya adalah asas kepada kehidupan anda dalam memastikan kejayaan dan impian anda dimasa hadapan.


Seterusnya anda perlu tahu bagaimana untuk membuang sikap dan pemikiran negatif yang masih bersarang di dalam fikiran anda dan juga bergantung di belakang anda. Ianya sangat penting kerana sekiranya anda tidak menghapuskan perkara negatif itu, maka anda akan selalu berfikiran negatif apabila anda berdepan sesuatu perkara dan situasi. Pemikiran yang negatif akan secara automatik muncul didalam minda anda dan anda mungkin sukar untuk mengatasinya oleh kerana ia tidak dibuang dari dalam hidup anda. Anda boleh berusaha melakukannya secara perlahan-lahan tetapi perlu memastikan yang ianya kearah sikap yang positif.


Anda juga boleh menjadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk anda berubah kearah sikap yang positif. Cuba untuk mencontohi mereka-mereka yang berjaya lama kelamaan anda akan sedar dan berubah dari sikap yang negatif kearah sikap yang positif. Jika anda terus dalam sikap yang lama sampai bila-bila anda tidak akan berubah. Letakkan itu di dalam fikiran anda. Orang yang sentiasa bersikap positif pasti akan berjaya didalam kehidupan mereka.


Jika anda mempunyai seorang sahabat atau sesiapa sahaja yang boleh membantu membimbing anda itulah cara yang terbaik. Kadang-kadang anda sukar untuk berubah kearah sikap yang positif secara bersendirian. Oleh kerana itu peluang untuk berubah kearah sikap yang positif adalah lebih tinggi jika ada orang lain yang dapat memberi teguran dan tunjuk ajar kepada anda. Namun semuanya terletak kepada diri anda sendiri sama ada mahu berubah ataupun tidak.


Akhir sekali anda mesti tahu apakah langkah-langkah dan teknik yang sesuai dengan diri anda untuk berubah kearah sikap yang positif. Tidak semua orang mempunyai cara yang sama dalam mengubah sikap mereka dari negatif kearah positif. Anda perlu cari dan kenal pasti cara yang sesuai dengan gaya hidup anda supaya anda mudah dan sentiasa bersikap positif.


Jadi, berdasarkan kepada tips dan panduan yang diberikan ianya nampak macam mudah. Tapi untuk melaksanakannya adalah sukar sebenarnya kerana kita sentiasa dikelilingi oleh persekitaran yang negatif. 


Anda yang betul-betul mempunyai semangat kuat sahaja dapat melakukannya dan sentiasa bersikap positif. 


Orang yang tidak kuat semangat dan membuat kerja seperti hanya melepaskan batuk ditangga tidak akan kemana-mana. Mulalah melakukannya dan bersikap positiflah setiap masa…


SEMOGA SEMUANYA MENJADI PERKARA YANG POSITIF UNTUK KITA AMALKAN BERSAMA...