Followers

Monday, January 16, 2012

PROGRAM PENAJAAN JPA-MARA LEPASAN SPM


PROGRAM PENAJAAN JPA-MARA
LEPASAN SPM                  

1.     PENDAHULUAN

Modal Insan berkualiti merupakan prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara. Oleh itu, Kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif, meliputi usaha-usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Selain itu, langkah akan diambil untuk membentuk individu berintelek dalam bidang sains dan teknologi serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif. Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di peringkat Ijazah Pertama.  Penawaran biasiswa ini diteruskan dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.


                                i.            PROGRAM BIASISWA NASIONAL

Pelajar-pelajar lepasan SPM akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka di dalam ataupun luar negara dalam pelbagai bidang pengajian mengikut minat dan pilihan pelajar. Maklumat dan syarat asas untuk Program Biasiswa Nasional adalah seperti berikut:

§     Terbuka  untuk calon lepasan SPM yang memperolehi keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dan minimum bilangan mata pelajaran yang dinilai adalah sebanyak sembilan mata pelajaran (Pencalonan akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia); 

§         Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan);  

§         Calon  perlu melalui proses temuduga; dan 

§         Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. 

Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

§         Pencapaian akademik; dan
§         Prestasi temuduga.






                              ii.            PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)

Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara. Maklumat dan syarat asas untuk PILN adalah seperti berikut:

§         Terbuka  untuk calon  lepasan SPM yang memperolehi keputusan cemerlang (minimum 7A- dan ke atas);
§         Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan);
§         Calon  perlu melalui proses temu duga; dan
§         Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh  JPA dan MARA. 


Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA/MARA adalah seperti berikut:

§         Pencapaian akademik;
§         Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;
§         Prestasi temu duga; dan
§         Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga. 




                            iii.            PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)


Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih, disebabkan persaingan yang sengit di bawah program PILN, akan ditawarkan di bawah tajaan JPA untuk mengikuti pengajian di dalam negara sama ada di empat buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putera Malaysia (UPM), dan Universiti Malaya (UM), IPT tempatan, 

dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology atau Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), AIMST University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan University College Sedaya International (UCSI). 


Manakala bagi Program Tindikan Pendidikan di bawah tajaan MARA pula akan memfokuskan kepada bidang TESL, Sains dan Matematik untuk diserapkan menjadi tenaga pengajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.

Selain itu program penajaan dalam negara (PIDN) turut menawarkan biasiswa diperingkat ijazah pertama dalam pelbagai bidang seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Undang-Undang, Sains Tulen & Gunaan, Pengurusan dan Sastera di IPTA dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). 


2.     PROSES PEMILIHAN

Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:

o        Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred A bagi sembilan mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred A bagi 15 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;


o        Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat bidang kritikal lain yang ditaja iaitu Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Ekonomi, Sains dan Perakaunan yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam; 


o        Pilihan kursus - calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki; 


o        Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf. Sebagai contoh pelajar yang bergraduat dalam bidang Perubatan di Indonesia, India dan Rusia akan tetap dilantik sebagai Pegawai Perubatan seperti mana mereka yang bergraduat daripada Ireland, United Kingdom atau Australia. 


Sumber :
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

1 comment:

  1. kalau spm dpt biasa ja, tp result di kolej cntik, layak x?

    ReplyDelete