Followers

Monday, January 16, 2012

PROGRAM PENAJAAN JPA-MARA BAGI LEPASAN SPM


SAMBUNGAN .......


Perhatian & Tindakan :

Para pelajar dinasihatkan supaya sentiasa membaca akhbar atau melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang pengajian dan penajaan daripada mana-mana universiti/agensi/syarikat korporat sepanjang tempoh antara bulan Mac hingga Mei sepanjang tahun.

Sebarang keputusan pilihan pengajian dan penajaan hendaklah berlandaskan kepada keputusan kelayakan akademik dan kecederungan minat serta cita-cita kerjaya yang ingin diceburi.

Dapatkan juga maklumat lanjut melalui pameran pendidikan yang ada sekitar bulan Januari hingga April sepanjang tahun.







DASAR PENGAMBILAN KE IPTA LEPASAN SPM
MENGIKUT PENGGREDAN BARU SPM
SELARAS DENGAN KAEDAH PENGIRAAN MERITOKRASI

Dimaklumkan bahawa kaedah pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA Lepasan SPM berdasarkan prinsip MERITOKRASI dengan mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh itu, dasar pengambilan ini merangkumi penentuan aliran dan penggiraan merit bagi kemasukan ke IPTA. Bagi Aliran Sains, keutamaan subjek adalah seperti di bawah ini :

LIMA MATA PELAJARAN UTAMA ALIRAN SAINS
MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN, FIZIK, KIMIA
DAN BIOLOGI ATAU SALAH SATU MATA PELAJARAN BERIKUT :
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan.



Manakala gred SPM berdasarkan penggiraan merit adalah seperti berikut :

GRED SPM TERBARU
NILAI MARKAH BAGI PENGIRAAN MERIT
A+
18
A
16
A-
14
B+
12
B
10
C+
8
C
6
D
4
E
2
G
0




Contoh pengiraan merit (Aliran Sains) bagi pelajar yang mengambil Sembilan mata pelajaran adalah seperti berikut :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
1
Matematik
A+
2
Matematik Tambahan
A
3
Fizik
A-
4
Kimia
A
5
Biologi
A-
6
Bahasa Melayu
A+
7
Bahasa Inggeris
A+
8
Pendidikan Islam
A+
9
Sejarah
A+








Pengiraan Markah Akademik 5 mata pelajaran Utama :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI (MARKAH)
1
Matematik
A+
18
2
Matematik Tambahan
A
16
3
Fizik
A-
14
4
Kimia
A
16
5
Biologi
A-
14
JUMLAH
78


Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM yang lain :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI (MARKAH)
1
Bahasa Melayu
A+
18
2
Bahasa Inggeris
A+
18
3
Pendidikan Islam
A+
18
JUMLAH
54

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar :

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran
Utama Aliran                           Terbaik

Markah MP Utama Aliran        = 78 x 90 = 78
       90
Markah MP Terbaik     = 54 x 30 = 30
                  54
Jumlah
Markah Akademik                   = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90
                 120
= (78 + 30) x 90
                                                                   120
= 81

Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90 %) dan Markah Kokurikulum (10 %).

Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Justeru itu, para pelajar perlu memperolehi keputusan SPM yang TERBAIK dan Cemerlang jika mahu mendapat tempat dalam pengajian di IPTA.




Sumber : Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Ting

1 comment:

  1. Salam. Kiraan markah kokurikulum tak adil bagi anak saya yang belajar selama 2 tahun di luar negara. Kerana sekolah mengumpulkan markah selama 5 tahun di sek menengah. Sudahlah bila balik sini perlu lebih tekun drp pelajar lain. Harap pihak tuan dpt mempertimbangkan kes seperti anak saya ini.terima kasih

    ReplyDelete