Followers

Monday, January 16, 2012

PROGRAM PENAJAAN JPA-MARA BAGI LEPASAN SPM

SAMBUNGAN.........


 
KAEDAH PERMOHONAN


Iklan tawaran dan maklumat lanjut akan disiarkan menerusi portal www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa pada bulan Mac setiap tahun. Calon perlu merujuk ke portal www.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN yang akan mula dibuka secara atas talian (on-line) mulai tarikh keputusan SPM diumumkan secara rasmi. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada bulan Mac setiap tahun di hospital-hospital Kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program ini.

Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan dijalankan pada bulan April setiap tahun. Urusan temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan strategik.

Ahli-ahli panel  bagi bidang kritikal terdiri daripada pegawai perubatan/pergigian/ farmasi dan perubatan veterinar manakala ahli-ahli panel bagi bidang strategik terdiri daripada pensyarah, jurutera dan pegawai kanan dari pelbagai skim perkhidmatan.



KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT BAGI PEMILIHAN
KEMASUKAN KE MATRIKULASI DAN IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SELARAS DENGAN PENGGREDAN BARU SPM
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA &
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

_____________________________________________

PROGRAM MATRIKULASI 

Bagi pengiraan markah merit bagi pemilihan kemasukan ke program Matrikulasi adalah seperti berikut :

GRED SPM
NILAI MARKAH MERIT
A+
25
A
23
A-
21
B+
19
B
17
C+
15
C
13
D
11
E
09
G
0




PROGRAM IPTA

Bagi pengiraan markah merit bagi pemilihan kemasukan ke program IPTA adalah seperti berikut :

GRED SPM DAHULU
GRED SPM SEKARANG
NILAI MARKAH MERIT
-
A+
18
1A
A
16
2A
A-
14
3B
B+
12
4B
B
10
5C
C+
08
6C
C
06
7D
D
04
8E
E
02
9G
G
0




 
Sumber : Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment