. Educareer Knowledge : 2012

Monday, 16 January 2012

PROGRAM PENAJAAN JPA-MARA BAGI LEPASAN SPM


SAMBUNGAN .......


Perhatian & Tindakan :

Para pelajar dinasihatkan supaya sentiasa membaca akhbar atau melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang pengajian dan penajaan daripada mana-mana universiti/agensi/syarikat korporat sepanjang tempoh antara bulan Mac hingga Mei sepanjang tahun.

Sebarang keputusan pilihan pengajian dan penajaan hendaklah berlandaskan kepada keputusan kelayakan akademik dan kecederungan minat serta cita-cita kerjaya yang ingin diceburi.

Dapatkan juga maklumat lanjut melalui pameran pendidikan yang ada sekitar bulan Januari hingga April sepanjang tahun.







DASAR PENGAMBILAN KE IPTA LEPASAN SPM
MENGIKUT PENGGREDAN BARU SPM
SELARAS DENGAN KAEDAH PENGIRAAN MERITOKRASI

Dimaklumkan bahawa kaedah pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA Lepasan SPM berdasarkan prinsip MERITOKRASI dengan mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh itu, dasar pengambilan ini merangkumi penentuan aliran dan penggiraan merit bagi kemasukan ke IPTA. Bagi Aliran Sains, keutamaan subjek adalah seperti di bawah ini :

LIMA MATA PELAJARAN UTAMA ALIRAN SAINS
MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN, FIZIK, KIMIA
DAN BIOLOGI ATAU SALAH SATU MATA PELAJARAN BERIKUT :
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan.



Manakala gred SPM berdasarkan penggiraan merit adalah seperti berikut :

GRED SPM TERBARU
NILAI MARKAH BAGI PENGIRAAN MERIT
A+
18
A
16
A-
14
B+
12
B
10
C+
8
C
6
D
4
E
2
G
0




Contoh pengiraan merit (Aliran Sains) bagi pelajar yang mengambil Sembilan mata pelajaran adalah seperti berikut :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
1
Matematik
A+
2
Matematik Tambahan
A
3
Fizik
A-
4
Kimia
A
5
Biologi
A-
6
Bahasa Melayu
A+
7
Bahasa Inggeris
A+
8
Pendidikan Islam
A+
9
Sejarah
A+








Pengiraan Markah Akademik 5 mata pelajaran Utama :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI (MARKAH)
1
Matematik
A+
18
2
Matematik Tambahan
A
16
3
Fizik
A-
14
4
Kimia
A
16
5
Biologi
A-
14
JUMLAH
78


Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM yang lain :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI (MARKAH)
1
Bahasa Melayu
A+
18
2
Bahasa Inggeris
A+
18
3
Pendidikan Islam
A+
18
JUMLAH
54

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar :

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran
Utama Aliran                           Terbaik

Markah MP Utama Aliran        = 78 x 90 = 78
       90
Markah MP Terbaik     = 54 x 30 = 30
                  54
Jumlah
Markah Akademik                   = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90
                 120
= (78 + 30) x 90
                                                                   120
= 81

Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90 %) dan Markah Kokurikulum (10 %).

Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Justeru itu, para pelajar perlu memperolehi keputusan SPM yang TERBAIK dan Cemerlang jika mahu mendapat tempat dalam pengajian di IPTA.




Sumber : Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Ting

PROGRAM PENAJAAN JPA-MARA BAGI LEPASAN SPM

SAMBUNGAN.......


JADUAL PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM-MRSM

A.     Pilihan Penempatan Program Pengajian Lepasan SPM-MRSM :

Program & Laman Web
Permohonan & Kelayakan
Tarikh Tutup & Daftar
Program Ijazah Luar Negara (PILN)

Minimum SPM 7A- dan ke atas dengan bergantung kepada kursus yang ditawarkan
7 hari selepas SPM diumumkan

Program Ijazah Dalam  Negara (PIDN)

Pelajar-pelajar yang cemerlang yang tidak terpilih di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN)
7 hari selepas SPM diumumkan

Program Matrikulasi

Minimum gred C bagi mata pelajaran elektif sains dan prinsip akaun bagi jurusan Sains, Teknikal & Perakaunan dengan bergantung kepada kaedah merit yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi
Semakan keputusan  bulan April dan daftar  masuk bulan Mei
Program Asasi & Diploma IPTA

Pusat Asasi Sains UM
Pusat Asasi UIA
Uni. Malaya (UM)
Uni. Putra Malaysia (UPM)
Uni. Malaysia Perlis (Unimap)
Uni. Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Uni. Sains Islam Malaysia (USIM)
Uni. Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Uni. Teknologi Malaysia (UTM)
Uni. Sultan Zainal Abidin (UnisZA)
Uni. Teknologi Mara (UiTM)
Uni. Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Uni. Malaysia Pahang (UMP)
Uni. Malaysia Terengganu (UMT)
Uni. Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Minimum memperolehi 7 kredit bagi mata pelajaran yang dikehendaki (gred C- hingga A+) dengan mengikut pilihan kursus dan bergantung kepada kaedah merit yang ditetapkan oleh Bahagian Pengajian Tinggi & Universiti
Tarikh  tutup awal bulan April dan daftar  masuk bulan Jun / Julai
Program Diploma & Ijazah Pendidikan (KPLSPM)

Minimum memperolehi 7 kredit bagi mata pelajaran yang dikehendaki (gred C- hingga A+) dengan mengikut pilihan kursus dan bergantung kepada kaedah merit yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru
Tarikh  tutup bulan Mac/April dan daftar  masuk bulan  Julai
Program Asasi & Diploma IPTS

Uni. Kuala Lumpur (UniKL)
Uni. Teknologi Petronas (UTP)
Uni. Multimedia (MMU)
Uni. Tenaga Nasional (Uniten)
Management Sains Universiti (MSU)


Minimum memperolehi 7 kredit bagi mata pelajaran yang dikehendaki (gred C- hingga A+) dengan mengikut pilihan kursus dan bergantung kepada kaedah merit yang ditetapkan oleh Bahagian Pengajian Tinggi & Universiti
10 hari atau 2 minggu selepas SPM diumumkan
Daftar masuk antara bulan Mei-Julai
Program Persediaan UniKL & Diploma Kemahiran Politeknik/IKM/KKTM/JMTI
Minimum memperolehi 7 kredit bagi mata pelajaran yang dikehendaki (gred C- hingga A+) dengan mengikut pilihan kursus dan bergantung kepada kaedah merit yang ditetapkan oleh Bahagian Kemasukan UniKL, Bahagian Politeknik,
10 hari atau 2 minggu selepas SPM diumumkan
Daftar masuk antara bulan Mei-Julai
Program Tingkatan 6
Memperolehi minimum gred lulus bagi subjek elektif sains
Semakan keputusan bulan  April dan daftar  masuk bulan Mei





B.       Pilihan Penajaan Biasiswa Lepasan SPM-MRSM :


Tajaan & Program
Kursus & Kelayakan
Tarikh Tutup
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Program Ijazah Luar Negara (PILN)

Perubatan/Pergigian/Farmasi/Optometri/
Bioteknogi/ Sains Pertanian/Sains Perubatan Veterinar/Kejuruteraan/Sains Aktuari dll

Minimum SPM 7A- dan ke atas dengan bergantung kepada kursus yang ditawarkan
7 hari selepas SPM diumumkan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Program Ijazah Dalam  Negara (PIDN)

-SDA-
Pelajar-pelajar yang cemerlang yang tidak terpilih di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN)
7 hari selepas SPM diumumkan

Program Biasiswa Nasional

Memperolehi SPM 9A+ dan lulus temuduga
Pilihan kursus pengajian adalah mengikut minat & pilihan pelajar sendiri
-
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kursus Perguruan Lepasan SPM

Minimum memperolehi 7 kredit bagi mata pelajaran yang dikehendaki (gred B hingga A+) dengan mengikut pilihan kursus dan bergantung kepada kaedah merit yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru
Sekitar bulan Mac-April
Bank Negara



Ekonomi/Sains Aktuari/Teknologi Maklumat/ Undang-undang/Perbankan Islam dll

Memperolehi SPM 8A dan ke atas
7 hari selepas SPM diumumkan
Khazanah Global Scholarship

Ekonomi/Biosains/Sains Aktuari/Elektronik/
Teknologi Pemakanan/ dll

Memperolehi SPM 7A dan ke atas
7 hari selepas SPM diumumkan
Petronas

Kejuruteraan/Teknologi Maklumat/Sistem Pengurusan Teknologi

Memperolehi SPM 7A dan ke atas
7 hari selepas SPM diumumkan


 
Sumber : Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi