Followers

Friday, October 7, 2011

Syarat Masuk ke Ijazah Perakaunan di IPTA negara

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

Tempoh Pengajian : 8 semester

SYARAT KEMASUKAN

KELAYAKAN STPM

Syarat Am :

1. Lulus SPM / Setaraf dengan baik;

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / Setaraf;

3. Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

i.  Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
ii. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain;

4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat  
    sekurang -  kurangnya Tahap 1 (Band 1).

Keperluan Khas Program

1. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam LIMA mata pelajaran termasuk Bahasa
    Melayu dan mana-mana kombinasi daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

a. Matematik / Matematik Tambahan
b. Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Sains

2. Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM

3. Lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu /  
    Kesusasteraan  Melayu di peringkat STPM;

4. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian
    Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan di peringkat STPM.

KELAYAKAN MATRIKULASI

Syarat Am :

1. Lulus SPM / Setaraf dengan baik;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat
    SPM/Setaraf;
3. Lulus Matrikulasi KPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat
    sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).

Keperluan Khas Program

1. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam LIMA mata pelajaran termasuk Bahasa
    Melayu dan mana-mana kombinasi daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

     a. Matematik / Matematik Tambahan
     b. Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Sains

2. Lulus dalam Bahasa Inggeris diperingkat SPM


Adaptasi dari http://sifu2b.wordpress.com/2011/03/13/syarat-masuk-ke-ijazah-perakaunan-di-ipta-negara/
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment