Followers

Wednesday, October 5, 2011

SKIM PINJAMAN PELAJARAN MARA ( SPIP )


A. PROGRAM PERSEDIAAN UniKL

     Program ini disediakan bagi kemasukan ke UniKL bagi calon yang telah lulus semua kriteria yang
     ditetapkan



B. PROGRAM DIPLOMA

    1. Diploma Teknikal / ICT  di institusi pendidikan MARA ( IPMa ) seperti di UniKL, KPTM, GMI.

    2. Diploma usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.

    3. Diploma IPTS yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat pengiktirafan daripada
        Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA )


C. PROGRAM IJAZAH PERTAMA

     Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada kursus serta syarat yang telah ditentukan oleh
     MARA. Program Ijazah yang ditaja ialah ;

      1. Ijazah Pertama di institusi pendidikan MARA

      2. Program Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan MARA

      3. Program berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan MARA



 D. PROGRAM PROFESSIONAL


     Untuk menambahkan lagi bilangan professional Bumiputera , tajaan juga diberikan kepada untuk
     program-program berikut ;

     1. Perakuanan - CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain
     2. Institut of Chartered Secretaries & Administrators ( ICSA )
     3. Chartered institute of transport ( CIT )
     4. Chartered institute of insurance ( CII )
     5. Chartered Institute of logistics
     6. Certified Financial Planner
     7. Senibina Bahagian 2
     8. Bidang lain yang diiktiraf badan professional


E. PROGRAM IJAZAH SARJANA / TERTINGGI


   Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang / kursus yang diutamakan serta memenuhi
   syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA serta mendapat tawaran masuk ke Universiti 
   berkaitan. Walaubagaimanapun , pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa
   dan dasar terkini MARA.



F. PROGRAM KEPAKARAN PERUBATAN / PERGIGIAN DLL


    Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang kepakaran yang diutamakan serta
    memenuhi  syarat  dan kriteria yang telah ditetapkan MARA, serta mendapat tawaran masuk
    ke  Universiti  berkaitan. Walaubagaimanapun , pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada
    peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.

    Anda boleh  mengemukakan pertanyaan ke :

    Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
    Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur


Adaptasi dari  Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.































Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment