Followers

Tuesday, October 25, 2011

MENGENALI KERJAYA BIDANG UNDANG-UNDANG

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B.) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan Chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk men­dapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu:

(i)  Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus sarjana muda undan-­undang. Bagi yang memohon UiTM dengan menggunakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka boleh mengikuti Sarjana Muda Undang-undang. Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dan UiTM, mereka boleh memasuki Universiti Malaya (UM) untuk mengikuti Ijazah Pertama Undan-­undang.


(ii)   Matrikulasi

Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi di UiTM selama satu setengah tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun.

(iii) STPM

Dengan menggunakan keputusan STPM, para pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan UiTM.

(iv) A level

Bagi yang memiliki kelulusan A level, mereka biasanya meng­ikuti kursus undang-undang di luar negara seperti di United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand. Kursus di Australia dan New Zealand (STPM juga boleh digunakan) memakan masa 4 tahun sementara di United Kingdom dan Ireland mengambil masa 3 tahun.
              
(v)   South Australian Matriculation

Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke universiti di Australia tetapi boleh digunakan juga untuk kemasukan ke United Kingdom dan New Zealand.
                
(vi)  Sijil Amalan Guaman

Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland dikehendaki menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal di dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain mereka bolehlah mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice) di Universiti Malaya. Walau bagaimanpun, tanpa sijil ini mereka masih boleh diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan lain seperti di badan-badan perundangan atau kehakiman kecuali peguam.

Graduan-graduan dan IPT di Singapura, New Zealand dan Australia dikecualikan daripada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang diikuti adalah pari-materia dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.

CHAMBERING


Untuk melayakkan diri di dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to the bar) lulusan itu mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya 7 tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara
praktikal yang tidak diajar di universiti.

Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian daripada menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan bahasa Melayu peringkat SPM.
Adapted from http://laluanpeguam.blogspot.com/
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment