Followers

Thursday, September 22, 2011

PROGRAM PENGANJURAN PELAJARAN MAJLIS AMANAH RAKYAT ( MARA )

Majlis Amanah Rakyat @ MARA menyediakan bantuan dalam bentuk biasiswa / pinjaman pelajaran kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.


Kadar Bantuan

Ditentukan berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.


Syarat Am Permohonan


1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balikbantuan oleh mana-mana penaja atas sebab
    tindakan disiplin.

2. Tidak ditaja oleh mana-mana penaja lain di peringkat yang sama kecuali untuk kursus-kursus
    kritikal dan professional atas keperluan semasa.

3. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk
    pengajian sebelumnya.

4. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan kontrak / kebenaran bertulis daripada
    majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.

5. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah

6. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara.

7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon ialah ;

    Diploma        - Tidak melebihi 35 tahun / program luar negara tidak ditawarkan

    Ijazah            - Tidak melebihi 40 tahun / program luar negara tidak melebihi 30 tahun

    Sarjana/prof  - Tidak melebihi 45 tahun / program luar negara tidak melebihi 35 tahun

    PhD/Pakar    - Tidak melebihi 45 tahun / program luar negara tidak melebihi 40 tahun

8. Memenuhi syarat status sosio ekonomi (SES) seperti yang ditetapkan oleh MARA




Program - program yang ditaja


1. Skim Pinjaman Pelajaran MARA ( SPIP )

      a. Program Lepasan SPM

          Program ini disediakan khusus untuk pelajar -pelajar yang mencapai keputusan cemerlang 
          dalam  peperiksaan SPM pada tahun sebelumnya.

      Program  Persediaan Universiti Luar Negara ( Pengajian luar negara )

      Program ini dijalankan sepenuhnya dalam negara. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini 
      dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat
      ijazah   pertama di universiti terkemuka luar negara. Program ini hanya diiklankan di akhbar-
      akhbar tempatan , pada  kebiasaannya seminggu sebelum keputusan penuh SPM diumumkan.
      ( Tertakluk kepada pindaan )

      Program persediaan yang disediakan adalah seperti berikut ;

      1. American Degree Foundation Programme - 14 bulan
      2. A-level - 1.5 @ 2 tahun
      3. A-level German - 20 bulan
      4. Diploma International Baccalaureate ( IB ) - 2 tahun
      5. Perubatan Russia - 8 bulan
      6. Kejuruteraan Perancis - 1.5 tahun
      7. Australian Matriculation ( AUSMAT )- 1.5 tahun
      8. South Australian Matriculation ( SAM ) - 1.5 tahun
      9. Perubatan Timur Tengah - 3 bulan
     10. Perubatan India - 1 - 2 tahun


      Program Persediaan Universiti Luar Negara ( Pengajian dalam negara )

      Pelajar - pelajar lepasan SPM yang cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan 
      meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang dikenalpasti di Malaysia. Program ini
      hanya diiklankan ,   kebiasaannya seminggu sebelum keputusan SPM di umumkan.
      ( tertakluk kepada pindaan )

     b. Program pengajian di Institusi pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara

         Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan pada setiap hujung tahun bagi
         kemasukan sesi tahun hadapannya ( tertakluk kepada pindaan ). Walaubagaimanapun,
         pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dam dasar
         terkini pihak MARA.Program ini merangkumi ;

         1. Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / diploma
         2. Program Professional bagi calon lepasan diploma / ijazah pertama
         3. Program Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama
         4. Program Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan sarjana


Adaptasi dari Bahagian Pengajuran Pelajaran MARA.






















Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment