Followers

Tuesday, July 12, 2011

BIOTEKNOLOGI SEBAGAI KERJAYA

Ruang ini bertujuan untuk memberi maklumat  yang berguna  kepada masyarakat pelajar mengenai pelbagai bidang pengajian ilmiah serta  prospek pekerjaan.  Informasi  tentang suku bidang yang diliputi  dalam setiap jurusan akademik, kelayakan masuk, institusi-institusi pendidikan tinggi dalam dan luar yang menawarkan  program ijazah yang diiktiraf kerajaan dan  kos progam   juga akan disampaikan  kepada bakal pelajar dari masa ke semasa.


Dalam keluaran ini, kami memberi fokus kepada bioteknologi sebagai sebidang kerjaya. Bioteknologi merupakan sebidang yang terbaharu dan ia adalah pengetahuan gunaan  biologi. Ia cuba menduplikasi atau mengubah fungsi sesuatu sel hidup supaya ia dapat berfungsi dengan cara yang  terkawal  dan dengan cara yang boleh diramalkan  secara tepat. Subjek-subjek yang diliputi dalam bidang ini termasuk biologi, biokimia, kejuruteraan genetik,  bioteknologi  tumbuh-tumbuhan  dan pertanian.


Bagi mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang bioteknologi peluang pekerjaan wujud di syarikat-syarikat farmaseutikal, organisasi-organisasi bioteknologi yang berorienrasikan  penyelidikan, industri-industri makanan serta  yang berasaskan pertanian.


Untuk menyertai pengajian dalam bidang bioteknologi di sesebuah  institusi pengajian tinggi awam atau swasta, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang cemerlang  di peringkat STPM atau A -Level dalam mata pelajaran kimia, fizik, matematik dan biologi.  Siswa-siswi di Universiti tempatan juga dikehendaki lulus peperiksaan MUET.  


Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak. Universiti Putra Malaysia dan International  Islamic University  Malaysia menawarkan Program Bachelor of Biotechnology  yang memakan masa tiga tahun (6 hingga 8 semester).  Yuran bagi sesemester ialah RM 1,500. Ijazah yang di anugerahkan oleh universiti-universiti itu adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Monash University Malaysia, Kolej Damansara Utama (KDU) dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) juga menawarkan program ijazah  3 tahun dalam bidang ini. Kos program ini adalah  dianggarkan di antara RM 20,000 dan RM 25,000.  Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian adalah dinasihatkan supaya menyemak dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapat tahu sama ada atau tidak  program yang dijalankan oleh institusi-institusi ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 


Beberapa universiti di Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat  menawarkan kursus ijazah  jangka masa tiga tahun dalam bidang ini. Senarai universiti-universiti luar negara yang diiktiraf boleh diperoleh daripada Jabatan perkhidmatan Awam.


Perlu diingatkan bahawa menyedari tentang potensi sektor biotechnologi, pada bulan April 2005 Kerajaan kita telah menubuhkan Malaysian Technology Corporation bagi menarik pelaburan asing, memperdagangkan hasil penyelidikan secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dan asing serta memajukan iindustri yang berpotensi ini.  


1 comment:

  1. ashikin are you sure there are many biotechnologist? i don't think so,but there are many diploma holder in biotechnology thats mean, bachelor holder are few,.

    ReplyDelete