Followers

Tuesday, June 21, 2011

KERJAYA BIDANG MARITIM

Saya akan memberi sedikit panduan berkenaan kerjaya pelaut dan bidang lain berkaitan maritim, terutamanya pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang berkaitan khususnya yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia.

 
Mengapa pusat latihan yang diiktiraf Jabatan Laut amat penting?

Untuk menjadi pelaut berdaftar dan menjalankan tugas di kapal untuk kapasiti tertentu, pelaut berkenaan mestilah telah mendapat latihan di pusat yang diiktiraf sahaja. Jika tidak, proses untuk mendapatkan perakuan (COC) akan bermasalah.


Apa itu COC?


COC adalah Certificate of Competency yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia mengikut peruntukkan undang-undang antarabangsa, dan diterima pakai untuk bertugas di kapal-kapal di seluruh dunia. Dalam bahasa mudah, jika ingin memandu, anda mestilah memiliki lesen memandu, maka untuk bekerja di kapal, perlu juga ada lesen. Lesen itulah yang dipanggil COC.


Sebelum diterangkan secara mendalam, di akhir karangan ini ada disediakan pautan ke Group Facebook KOMUNITI PERKAPALAN MALAYSIA. Jemputlah untuk menyertai group tersebut dan tanyalah banyak soalan di group tersebut, pasti ramai yang akan membantu.



Kerjaya Sebagai Pelaut? Jawatan apa yang ada di kapal?


Kebiasaannya, pekerjaan di kapal terbahagi kepada tiga bahagian utama.


Dek
Pegawai dan kelasi dek bertanggungjawab mengemudi kapal. Bahasa mudahnya, mereka adalah pilot atau driver kapal. Selain itu, mereka juga bertugas untuk menguruskan komunikasi radio, pengurusan operasi kargo, dan memastikan keadaan dek kapal dan peralatannya dalam keadaan baik.


Enjin
Kecilkan diri anda menggunakan lampu pengecil doraemon, dan bayangkan anda masuk kedalam ruang enjin kereta. Wah, besar! Enjin kapal amat besar untuk membekalkan kuasa yang cukup untuk menggerakkan kapal. Maka tugas jurutera adalah memastikan enjin dan mesin-mesin di kapal dapat beroperasi.


Sajian
Inginkan pengalaman berbeza memasak di lautan luas? Tugas kelasi sajian amat penting, menyediakan makanan yang sedap untuk anak kapal yang lapar dan rindukan kampung halaman. Ada juga kelasi sajian yang bertugas untuk hal pentadbiran dan kebajikan anak kapal.


Perkembangan Karier
Pegawai Dek (12 bulan belayar) Ketua Pegawai Dek (24 bulan belayar) Kapten Kapal
Jurutera (12 bulan belayar) Jurutera Kedua(24 bulan belayar) Ketua Jurutera
Steward / Pembantu dapur (cukup pengalaman) Tukang Masak / Ketua Tukang Masak


Pengecualian Cukai
Pernah mendengar ibu bapa mengeluh menjelang tarikh akhir pembayaran cukai lantaran perlu menghabiskan sejumlah wang untuk cukai. BERITA BAIK untuk pelaut. Pendapatan anda sebagai pelaut adalah dikecualikan daripada cukai pendapaatan sepenuhnya.  



Institusi latihan maritim yang utama di MalaysiaAkademi Laut Malaysia.









Mula menawarkan latihan peringkat pegawai sejak tahun 1979. 2 kursus utama untuk lepasan SPM adalah Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin. Mempunyai dua kampus, di Melaka (Nautika) dan Terengganu (Kejuruteraan). Turut menawarkan kursus peringkat kelasi (dek, enjin dan sajian). Mempunyai kemudahan sofistikated termasuk kapal latihan. Pelajar peringkat pegawai juga berpeluang menyertai PALAPES Laut.

5 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya seorang pelajar PhD yang sedang merangka kurikulum pendidikan Islam bagi pelajar perkapalan. Saya perlukan beberapa bahan tetapi tidak tahu di mana perlu saya rujuk.

    Bolehkah saya tahu, adakah terdapat kursus, subjek, panduan atau modul yang membantu pekerja-pekerja di atas kapal untuk melaksanakan amalan Islam (seperti solat, puasa, pemilihan makanan halal, dan pergaulan) di atas kapal?

    Apakah sumber rujukan atau kepada siapakah pekerja-pekerja di atas kapal bertanya sekiranya terdapat masalah berkaitan amalan Islam di atas kapal?

    Saya amat berharap ade sesiapa yang dapat membantu saya menjawab dua soalan di atas. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..klw dah ada dip. kejureteraan mekanikal,bole x bekerja dalam bidang perkapalan ni?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..klw dah ada dip. kejureteraan mekanikal,bole x bekerja dalam bidang perkapalan ni?

    ReplyDelete
  4. salam kalau kerja maritim ni kalau bahagian pengurusan perkapalan tu pun kena ada belajar bawak2 kapal tu ke XD and ada kena mengena dgn blaja fizik ke apa macam pilot xP maaflah soalan bodoh ni tapi harap dpt jawab :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengurusan kapal? tu bahagian dek tu. memang ada kena mengena belajar bawak kapal.

      Delete