Followers

Monday, May 23, 2011

Matrikulasi atau program asasi atau diploma?

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM.

Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Namun, kemungkinan besar bermula tahun ini, program matrikulasi akan dilaksanakan selama 4 semester. Tapi cubalah, mane tahu berguna untuk masa depan anda. Buat pilihan dengan bijak k..

Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun.

Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment