Followers

Monday, May 23, 2011

Latihan Separa Perubatan: Peperiksaan dan Temuduga


Latihan Separa Perubatan, antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak SPA bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Anda terlibat? Terlibat atau tidak, jika nak baca boleh terus baca.

Setiap tahun, pengambilan adalah ramai dan ianya diambil 2 kali dalam setahun. Iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Latihan  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada orang ramai bagi sesi pengambilan Julai 2011.
Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jururawat
Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Sebanyak 1688 (Julai 2011) kekosongan akan diisikan oleh calon yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan SPM baru-baru ini.
Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian
Biasiswa semasa Latihan
  • Biasiswa Bulanan (Program bertaraf diploma ) RM 621.21
  • Elaun buku (setiap tahun ) RM 250.00
  • Elaun alat perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
  • Elaun kertas projek (setiap tahun) RM90.00
  • Penginapan dan pakaian seragam di sediakan
Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Untuk melayakkan calon berjaya mendapat latihan separa perubatan ini, ada 2 sessi penilaian akan mereka lalui. Pertama, ujian bertulis, dan kedua, sessi temuduga “face to face”.

PANDUAN PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI LATIHAN SEPARA PERUBATAN GRED 29
ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa perkara berikut :

i. Surat Panggilan menduduki peperiksaan;
ii. Kad Pengenalan;
iii. Alat tulis; pensil 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;

2. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

3. Calon mesti berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.

4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

6. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK DIBENARKAN.

7. Calon mesti mengenal pasti tempat pusat peperiksaan dijalankan.

8.  Calon wajib berpakaian kemas dan sopan.



PANDUAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan ini mengandungi satu (1)  bahagian iaitu:
BAHAGIAN I – PSIKOLOGI

Seksyen A – Sahsiah Diri
Ujian sahsiah bertujuan menilai sahsiah atau personaliti calon dalam proses pengambilan pelatih
separa perubatan.  Ia dibangunkan untuk menilai beberapa  gagasan personaliti untuk jawatan-jawatan separa perubatan.

Masa – 40 minit
Bilangan Soalan – 139

Seksyen B – Minat
Dalam seksyen ini dua (2) pilihan jawapan disediakan. Calon hendaklah memilih jawapan yang sesuai dengan minat.
Masa – 20 minit
Bilangan Soalan – 227
So, jawab la exam tu betul-betul ye. Jawab dengan membayangkan  anda adalah salah seorang yang sedang berkhidmat dalam bidang tersebut. Ini akan menentukan anda minat atau tidak, sesuai atau tidak dengan latihan yang bakal diberikan nanti. Jika anda minat, insyallah anda akan berjaya dalam peperiksaan bertulis ini.



SESI TEMUDUGA




Biasalah, sessi temuduga. Anda perlu berpakaian kemas yang bersesuaian. Bertali leher buat  calon lelaki, dan berpakaian sopan buat wanita. Dan antara paling penting, kemahiran berkomunikasi antara yang menjadi ‘sasaran’ oleh panel pemilihan.


Bagaimana nak berpakaian untuk temuduga ini? Rujuk di bawah:

http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga

Persiapan dokumen yang nak dibawa? Rujuk di bawah:

http://www.spa.gov.my/Portal/Hadir_Temu_Duga

Bagaimana nak buat persiapan sekiranya dipanggil ke temuduga ini?

Anda boleh STUDY berkenaan topik-topik ini:
  • Bidang tugas jawatan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga

Anda boleh rujuk di sini:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan
  • Bidang-bidang yang tergolong dalam jawatan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga
  • Visi, Misi dan Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM)


Rujuk sini http://moh.gov.my/
  • Menteri Kesihatan dan juga organisasinya (timbalan menteri sudah memadai)

Rujuk sini http://moh.gov.my/
  • Dimana Kolej latihan
  • Isu – isu semasa yang melibatkan kesihatan. Contohnya yang terbaru – isu loji nuclear di Fujushima, Jepun.
Juga boleh layari- http://www.infosihat.gov.my/
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment