Followers

Monday, May 23, 2011

KERJAYA BIDANG JURU UKUR

Pekerjaan Juru Ukur merangkumi pelbagai kemahiran dan teknik yang kadangkalanya bertindih dengan menggunakan sumber tanah dan laut yang semula jadi atau yang di bina oleh manusia serta menyediakan atau menyemak peta dan carta atau pelan dalam bentuk digital ,grafik dan bergambar . Oleh itu mereka menggabung pelbagai kemahiran dengan cara yang berbeza untuk berkhidmat dalam pengkhususan tersebut yang dibantu oleh juru teknik ukur dan pembantu lain dalam kumpulan ukur.

JURUUKUR TANAH

Keterangan Tugas

Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah,

Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan,

Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin,

Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara,

Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain,

Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik , estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta,

Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat berautomatik,

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain,

       Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu,

       Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain yang berkaitan,

       Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.


Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Juru Ukur

       Fikiran lojik dan teratur,

       Hasil kerja yang kemas dan tepat,

       Berkemahiran menderaf,

       Minat dalam sains, teknologi dan alam sekitar,

       Keadaan fizikal yang baik untuk kerja luar yang kadangkalanya melibatkan bentuk muka bumi

       Kecenderungan dalam penomboran,

       Kemahiran berunding dan berkomunikasi,

       Kebolehan menimbang kesan daripada perundangan dan alam sekitar.


Kelulusan Yang Diperlukan

       Ijazah Serjana Muda dalam bidang ukur tanah. 




Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka berpeluang meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan kejawatan utama yang terdapat disektor awam.

Sementara itu di sector swasta pula mereka berpeluang menjadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka firma perundingan di bidang yang berkenaan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

       Universiti Malaya

       Politeknik

       Universiti Teknologi Malaysia

       Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang menyediakan Kursus Tersebut :-

       L&G-Twintech Institute of Technology

       Sunway College

       Taylor's College


Syarat Kemasukan

SPM/SPVM atau yang setaraf dengan lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan kepujian dalam matematik, fizik, dan sains tambahan(diploma) atau 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik serta STPM,A Level dan Diploma


PEMBANTU JURU UKUR


Keterangan Kerja

Seseorang Pembantu Jurukur menjalankan tugas-tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurukur am dengan menyumbangkan kepada pengukuran dan penyeliaan laporan pengukuran . Mereka membantu dalam pengukuran tanah lapang dan tapak , mengatur dan membetulkan peralatan pengukuran dan mengambil dan merekod ukuran dan data-data lain . Mereka menjalankan pengiraan terperinci dan membantu dalam penyediaan laporan pengukuran . Dalam agensi kerajaan mereka boleh di gelar sebagai Pembantu Teknik Ukur atau Juruteknik Ukur atau Juruteknik Rendah Ukur atau mengikut jadual tugas yang di jalankan.

Ciri-Ciri Peribadi

       Fikiran lojik dan teratur

       Hasil kerja yang kemas dan teratur

       Berkemahiran menderaf

       Kemahiran berunding dan berkomunikasi



Kelulusan Yang Diperlukan

Di sektor swasta kelayakan yang di perlukan untuk jawatan ini adalah diploma dalam bidang ukur tanah dan seseorang yang memiliki sijil kejuruteraaan awam dari piliteknik serta mempunyai beberapa tahun pengelaman dalam bidang tersebut boleh juga di pertimbangkan untuk jawatan ini.

Di sektor awam bagi jawatan Pembantu Teknik Ukur kelayakan yang di perlukan adalah diploma ukur tanah, bagi jawatan Juruteknik Ukur kelayakan yang di perlukan adalah sijil dalam bidang ukur tanah dari politeknik yang di iktiraf (Politeknik Ungku Omar Ipoh dan Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan ) atau SPM/SPMV serta lulus Bahasa Malaysia , dan bagi jawatan Juruteknik Rendah kelayakan yang di perlukan ialah SRP@ PMR.

Latihan sambil kerja biasanya di aturkan oleh pihak majikan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi tempatan menawarkan kursus di peringkat diploma dan persijilan seperti berikut :-

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menawarkan Kursus :-
i .    



Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) :-
Kursus : Diploma Ukur Tanah .
Tempoh : 3 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya pangkat 2 dalam SPM aliran sains dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran seperti yang dinyatakan dalam buku panduan universiti tersebut.
Umur : Sekurang-kurangnya 17 tahun kecuali dari kelas ekspress.
ii.    



Institut Teknologi Mara :-
Kursus : Diploma Kejuruteraan Ukur Tanah
Tempoh : 3 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya pangkat kedua dalam SPM aliran sains dan syarat-syarat lain termesuk kelulusan sijil politeknik dan kelulusan dalam mata pelajaran tertentu seperti yang dinyatakan dalam buku panduan intitusi tersebut.
Umur : 16 tahun keatas
iii.    



Politeknik Ungku Omar :-
Kursus : Sijil KejuruteraanAawam Ukur Tanah
Tempoh : 27 bulan
Kelulusan : SPM/SPMV dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran tertentu beraliran sains seperti yang dinyatakan dalam buku panduan institusi tersebut
Umur : 16 tahun ke atas
iv.     



Politeknik Kuantan :-
Kursus : Sijil Kejuruteraan Awam Ukur Tanah
Tempoh : 27 bulan
Kelulusan : SPM/SPMV dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran tertentu aliran sains seperti yang dinyatakan dalam buku panduan institusi tersebut
Umur : 16 tahun keatas


Keadaan Tempat Kerja

Sebagai pembantu jurukur biasanya bekerja di luar pejabat, walaupun sememangnya ruang ada di sediakan di pejabat kerajaan atau swasta berasaskan kerja ukuran. Oleh yang demikian, mereka adalah terdedah kepada keadaan cuaca dan alam sekitar. Mereka juga dikehendaki bermalam di luar pejabat semasa menjalankan tugas termasuk juga bermalam dalam khemah di dalam hutan. Alat kelengkapan termasuk khemah, kasut hutan, pakaian hujan, alat kelengkapan masakan dan sebagainya di sediakan oleh majikan.

Lain-Lain Syarat Memasuki Pekerjaan

Seorang pembantu jurukur mesti tahan lasak dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan diluar pejabat. Semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Keselamatan rakan sejawat dan pekerja lain adalah penting. Kegemaran menjalankan kerja kejituan dan kebolehan menulis laporan dengan singkat, jelas dan menepati adalah sifat yang diingini.

Peluang Pekerjaan dan Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik, disektor swasta mereka berpeluang dinaikkan pangkat ketua pembantu jurukur dan juga sehingga jawatan jurukur. Di sector awam, seseorang pembantu teknik ukur berpeluang di naikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan dan seterusnya ketingkatan tertinggi mengikut sektor dan organisasiperkhidmatan. Begitu juga dengan juruteknik dan juruteknik rendah berpeluang di naikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

Di mana Pekerjaan Terdapat

Pekerjaan ini terdapat di firma perundingan , penilaian dan harta tanah . Di sector awam pekerjaan ini terdapat terutama sekali di Kementerian Kemajuan Tanah dan Koperasi dan lain-lain lagi .




28 comments:

  1. Ada ke perempuan dalam kerjaya ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kte amik course neh :)
      alhamdulillah ok je .
      cume mase kene mengukur 2 la .. tengah panas .
      masuk hutan . tapi adventure .

      Delete
    2. hi....saya nak Tanya pendapat tentang course ukur Tanah ni. saya seorang perempuan, apa pendapat cik ye tentang course ni? terima kasih

      Delete
    3. ada jew...prempuan dlm bidang..rmai..sya slah seorg..pljar sem akhir poli...ok..jew asal ad minat..2 je yg pnting

      Delete
    4. assalamualaikum,,kite dpt kos nie..buln 11 dftar,,harap boleh bawak,,amin!tapi rmai yg ckp sush..

      Delete
  2. PEMBETULAN: IPTA yang menawarkan ijazah dalam bidang ini hanya Universiti Teknologi Malaysia (Ijazah Kejuruteraan (Geomatik)& Universiti Teknologi Mara (Ijazah Sains Geomatik). Ade je perempuan dalam bidang ini dan ada yang berjaya menjadi Jurukur Tanah Berlesen yang diiktiraf oleh Lembaga Jurukur Tanah (LJT) dan Royal Institutional of Surveyor malaysia (RISM). sekadar perkongsian maklumat:)

    ReplyDelete
  3. Bidang ni kena pandai mlukis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai melakar je bkn melukis.. pandai imaginasi dan pandai autocad utk kerja akhir membuat pelan

      Delete
  4. asalammualaikum , tmpg tanya . sy dpt dip ni . blan jun ni da start daftar . sy binggung nak accept or not . ramai ckp dip ukur tanah ni susah . lagi satu kalau x minat tp parents suru ambk je kos ne agak2 sy dpt angkt x ? kalau lupaa da nak buat autocad cmna eh ? smpai kt poli nnt di ajar x balik ?

    ReplyDelete
  5. COS ni senang..tapi bagi perempuan susah cari kerja..mcm saya.. hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nurr tak susah cari kerja bidang ukur ni. Ramai Syarikat Jurukur Tanah Berlesen nak ambik mereka yg lulus Diploma Ukur Tanah atau Geomatik, yang penting kena sanggup bekerja sebagaimana kaum lelaki buat kerja khususnya kerja ukuran di padang. Mesti faham kerja-kerja berkaitan ukuran hakmilik tanah, ukuran strata, ukuran pengambilan Tanah, ukur kejuruteraan dan tahu menggunakan alat-alat ukur total station, gps dan tahu mengendalikan software seperti autocad dan lain-lain yang berkaitan. Syarikat saya memerlukan seorang penolong jurukur yang boleh melaksanakan kerja dengan sedikit tunjuk ajar. kalau berminat boleh emel cv atau resume ke emel berikut: drkadirtaib@gmail.com

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. nak tnye sye ni xde subjek fizik spm..
    tpi sye ambk subjek geografi spm..
    bleh x sye ambk cos ni kt U nnti?

    ReplyDelete
  7. boleh,, for sure, sy masa SPM pure sains, dan sekarang sy da habis dalam diploma kejuruteraan geomatik ni, akan sambung degree, dan sy perempuan. no worries okay. ;)

    ReplyDelete
  8. saya dl belajaq kat polisas ja..lps tu p uitm..lani Alhamdulillah..saya asst.manager quarry

    ReplyDelete
  9. kebiasaan nya bagi lelaki yang menceburi bidang geomatik nihh.. berapa anggaran gaji bulanan kebiasaan nya ???

    ReplyDelete
  10. kebiasaan nya bagi lelaki yang menceburi bidang geomatik nihh.. berapa anggaran gaji bulanan kebiasaan nya ???

    ReplyDelete
  11. sy pun ada diploma bidang ni jgk di polisas...pnh buat keje ukur ladang guna gps di felda negeri Johor...la ni dpt keje gomen..terpaksalah berenti....:)

    ReplyDelete
  12. saya bakal daftar di uitm arau perlis pada 3/6 ny dalam course sains geomatik. harap saya dapat tempuhi semuanya. saya dah banyak google pasal kos sains geomatik ni n setakat ni semua cakap peluang kerja cerah. yang saya sedih sikit sebab ayah n pak ngah saya tak yakin kos ni bagi peluang kerja yang cerah. satu beban n cabaran bagi saya untuk buktikan yang saya mampu dapat kerja dengan kos ni. hurmmm.. doakan saya ye?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  14. Blogger arefiz man said...
    Saya Sarah budak lepasan spm 2015.sy dpt kos geomatik kat politeknik kulim Kedah,sy nak Tanya betul Ke orang kata perempuan Susah dapat kerja dalam bidang geomatik ni??..Dan Saya nak Tanya geomatik ni ad belajar tentang engineering Ke??APA perbezaan Antara geomatk dengan Sains geomatik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      this is your En senior

      Delete
  15. Assalamualaikum saya irmawati graduan Diploma & Sijil Ukur Tanah PUO. InsyaAllah ada tips yang beguna untuk student yang nak ambil kos ni. Alhamdulillah scope pembelajaran yang meluas. Dapat kerja pun dalam bidang Land survey sebagai Draftsman & Cad technician serta berpeluang bekerja dengan negara luar seperti brunei. Usah bimbang terdapat ramai pensyarah, & kakitangan bahagian ukur tanah yang membantu dari segi teori & amali. Practical juga membantu skill ,tugas & ilmu pengetahuan kita ke alam pekerjaan. Saya ingat lagi first time masuk bidang ukur " oh kerja kat bawah matahari kat tepi jalan " buang persepsi sebegini, explore bidang ni baru anda tahu ianya menarik dan mencabar. Saya juga penah bekerja di sektor swasta & kerajaan serta diberi peluang bekerjasama dengan negara luar membantu pembangunan negara mereka. Bekerja denan kaum lelaki itu dah semestinya apabila kita mambantu kerja-kerja dilapangan jangan takot tapi ambil cabaran & pengalaman semasa bekerja .Alhamdulillah kini bekerja sendiri sebagai freelancer.
    Tahniah buat graduan ukur tanah, lecturer serta kakitangan PUO ukur yang banyak membantu kami.

    serikandiema@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam serikandi_88 nk tya ada x sijil bidang ni

      Delete
  16. alhamdulillah... dah 12 tahun dlm bidang ukur... lambat lg pencen....
    sapa kata perempuan tak boleh dlm bidang ukur, kami yang lelaki ni patut malu masa tamat belajar dulu, pasai apa? pasai student terbaik dlm kelas kitaorang adalah seorang wanita...
    apa yang penting minat...
    skrg dah zaman teknologi... teknologi telah memudahkan lagi kerja kita di lapangan dan juga di pejabat... apa yang penting asas ukur kena tau, dan peraturan ukur juga perlu tau... kalau tak tau atau tang ingat pun, pastikan buku peraturan ukur tu ada...
    seronok bertugas dlm bidang ukur, terutama sekali kalau dapat yg kerja luar... tetapi sy hanya sempat 2 tahun sahaja kerja luar...
    diawal penglibatan dalam bidang topografi, almaklumlah dpt kerja gov... asai penang terus kena antaq pi sabah utk penempatan pertama... terima saja... disana dapat bertugas 5 tahun di opis... byk terlibat dgn kemaskini peta topografi... lps tu mohon pi kerja luar, dan diterima... dapat juga kerja luar bagi tujuan kemaskini peta topografi di lapangan, cerapan GPS bagi titik kawal bumi, cerapan GPS Jaringan geodetik, ukur aras piawai...
    7 tahun di sabah mintak balik semenanjung, bergelumang pulak dgn tugas yg melibatkan ukuran hakmilik, tapi duk opis saja la....
    sampai la skrg ni...
    jawatan pun up la sikit drpd TA ke TA Kanan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  17. susah ke kos ni ? takut tak boleh bawak ..

    ReplyDelete
  18. sy dapat kos geomatik di politeknik. cuma sy nk tahu. kalau masuk poli ni. sijil or diploma ?

    ReplyDelete
  19. asalamualaikum , saya mencari kerja kosong, pembantu juru ukur.. 0139977437

    ReplyDelete