Followers

Tuesday, March 29, 2011

KEMAHIRAN TAMBAHAN UNTUK MENCAPAI KERJAYA IMPIAN

KEMAHIRAN TAMBAHAN MEMASUKI ALAM PEKERJAAN

Para lepasan sekolah yang ingin memasuki ke alam pekerjaan harus memiliki kemahiran asas, kebolehan mempelajari dan menyesuaikan diiri di tempat kerja. Kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

i)    Penguasaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
Fasih di dalam dua bahasa ini memberi kelebihan di dalam aspek komunikasi dan aspek pembelajaran.

ii)   Kebolehan Membaca Dengan Baik
Bermakna boleh membaca dan menilai bahan bacaan, memahami dan boleh membuat ringkasan isi penting, menganalisis maklumat, jadual dan carta.

iii)  Kebolehan Menulis Dengan Terang dan Jelas
Bermakna boleh mengumpul maklumat dan fakta penting, mengguna ejaan, tanda kata dan tatabahasa yang betul, menggunakan kamus, ensiklopedia dan lain-lain buku rujukan dan menulis dengan jelas supaya mudah dibaca.

iv)  Kemahiran Berkomunikasi Secara Lisan
Bermakna boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, memahami, menerima dan memberi arahan, mendapat dan menjelaskan maklumat melalui pertanyaan.

v)  Kebolehan Menimbang dan Menyelesaikan Masalah
Bermakna boleh mengenal pasti masalah, memikirkan cara baru untuk mengatasi masalah yang rumit, menilai kemungkinan penyelesaian alternative, mencapai keputusan berdasarkan maklumat yang betul dan bukan berdasarkan pendapat yang kurang tepat.

vi)  Kemahiran Perseorangan (Interpersonal Skill)
Bermakna boleh menghormati pendengar, adat resam agama dan perbezaan       orang lain, memberi dan menerima kritikan secara membina, mengambil bahagian dalam keputusan berkumpulan, mengatasi masalah secara matang.

vii)  Memahami Matematik Asas
Bermakna boleh mengira, tambah tolak, darab dan bahagi nombor, pecahan dan perpuluhan mengira jarak, berat, kawasan, isipadu dan masa, menyukat panjang, lebar dan tinggi.

viii)  Pengetahuan Teknologi Maklmat (IT)
Bermakna mengenal komputer dan kegunaannya dan celik computer.

ix)  Etika Kerja dan Sikap Positif
Bermakna mempunyai sikap yang positif terhadap diri sendiri, keinginan untuk mempelajari sesuatu, mempunyai disiplin diri, boleh diharapkan dan menepati masa, berpakaian yang sesuai, berkebolehan menerima tanggungjawab.

x)  Pengetahuan Tentang Sosio Politik Negara
Bermakna faham mengenai sejarah masyarakat Malaysia, sistem politik, ekonomi dan sosial Malaysia, struktur dan fungsi kajian persekutuan, negeri dan tempatan, hak asasi dan tanggungjawab warganegara

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment