Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA BIDANG JURU UKUR

 

Kerjaya dibidang Juru Ukur


Pekerjaan Juru Ukur merangkumi pelbagai kemahiran dan teknik yang kadangkalanya bertindih dengan menggunakan sumber tanah dan laut yang semula jadi atau yang di bina oleh manusia serta menyediakan atau menyemak peta dan carta atau pelan dalam bentuk digital ,grafik dan bergambar. Oleh itu mereka menggabung pelbagai kemahiran dengan cara yang berbeza untuk berkhidmat dalam pengkhususan tersebut yang dibantu oleh juru teknik ukur dan pembantu lain dalam kumpulan ukur.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Dikelaskan Dalam Bidang Ukur Adalah Seperti Berikut :

Juru Ukur Am , Ahli Kartografi , Juru Ukur Tanah , Juru Ukur Lombong, Juru Ukur Hidrografi , Juru Ukur Udara , Ahli Fotogrametrik , Juru Ukur Binaan, Juru Ukur Tani, Juru Ukur Bahan 

Keterangan Tugas
a.       Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah.
b.       Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan.
c.       Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin.
d.       Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara.
e.       Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain.
f.         Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik , estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta.
g.       Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat berautomatik.
h.       Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain.
i.         Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu.
j.         Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain yang berkaitan, 

Prospek Kerjaya
Di sektor awam mereka berpeluang meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan kejawatan utama yang terdapat disektor awam.  Sementara itu di sektor swasta pula mereka berpeluang menjadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka firma perundingan di bidang yang berkenaan.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment