Followers

Monday, March 28, 2011

MULA MEMBINA KERJAYA DI PUSAT GIAT MARA

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2010 boleh dibuat sekarang.

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Elektronik Industri dan Tool & Die Technology perlu tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Latihan Kursus

Senibina
  • Industrial Maintenance
  • Seni Landskap dan Taman
Mekanikal
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Mekanik Industri
  • Tool and Die Technology

Pengangkutan
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
  • Teknologi Motosikal
  • Penyelenggaraan Enjin Marin
Pembuatan
  • Teknologi Perabot dan Rekaan Dalaman
  • Fibreglass and Composit Technology
Elektrikal
  • Pendawai Elektrik
  • Penjaga Jentera (AO)
  • Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Komputer Dan IT
  • Teknologi Sistem Komputer
  • Multimedia Design and Production
  • Graphic Design and Advertising
  • Teknologi Animasi
Elektronik / Mekatronik
  • Teknologi Elektronik Audio Visual
  • Elektronik Industri
Fabrik
  • Fashion and Dressmaking
  • Hiasan Dalaman
Percetakan
  • Teknologi Percetakan
  • Dekstop Publishing Artist
  • Teknologi Fotografi
Kulinari
  • Masakan dan Pramusaji
  • Confectionary and Bakery
Hairdressing And Cosmetology
  • Seni Reka Gaya Rambut
  • Solekan dan Terapi Kecantikan
Bidang latihan kursus di GIATMARA di atas tidak ditawarkan di semua pusat latihan GIATMARA.

 

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA.  Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian.  Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
  1. Latihan percuma
  2. Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  3. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  4. Sukan dan Rekreasi
  5. Sijil Kemahiran GIATMARA
  6. Sijil JPK (di mana berkenaan)
  7. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  8. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :
  1. Muat turun di laman web GIATMARA, Borang Permohonan Kursus Kemahiran GIATMARA
  2. Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran.
  3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Maklumat

Sila kunjungi laman web GIATMARA untuk mendapatkan maklumat lanjut serta menyemak kursus latihan yang ditawarkan disetiap Pusat GIATMARA

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi ;

Jabatan Pembangunan Pelatih
GIATMARA Malaysia, Tingkat 4,
Bangunan Medan MARA,
No. 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Tel : 03 2691 5111 samb 3402
Fax : 03 2691 0249
E-mail : pel@giatmara.edu.my
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment