Followers

Thursday, March 31, 2011

MARA SCHOLARSHIP

PERMOHONAN TAJAAN MARA PROGRAM PASCA SISWAZAH KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERKEMUKA LUAR NEGARA

MARA bersedia memenuhi impian anda utuk mencipta nama sebagai tokoh korporat, pemimpin berkaliber berorientasikan values-driven leadership dan modal insan yang berprestasi tinggi untuk menyumbang kepakaran kea rah kejayaan transformasi negara.

Sehubungan itu, MARA ingin mempelawa calon yang bukan sahaja berilmu tinggi, berkeyakinan, inovatif dan kreatif tetapi mempunyai semangat juang yang kental serta personality unggul untuk meneraju negara kearah kecemerlangan.

MARA sebagai sebuah organisasi unggul di bawah Kementerian KEmajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menawarkan tajaan kepada calon Bumiputera warganegara Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara (Top Universities) di peringkat:
1. Sarjana
2. Doktor Falsafah
3. Profesional

Bidang Pengajian/Kursus
a) Kejuruteraan.
b) Kepakaran Perubatan / Pergigian / Sains dan Teknologi (Applied Medical Course).
c) Allied Health Sciences.
d) Teknologi Maklumat / Sains Komputer / Sistem Maklumat.
e) Bioteknologi.
f) Sains Gunaan.
g) Sains Kuantitatif.
h) Sains Tulen.
i) Kewangan / Perbankan / Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan Antarabangsa / Iktisas.
j) Perakaunan (CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan berkaitan).
k) Senibina.
l) Perundangan.
m) Lain-lain bidang teknikal dan bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara.

Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
(U/P: Unit Dasar & Pembangunan IPT / Unit Penajaan)
Talian Hotline: 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366
waktu pejabat: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
email: informasibpp@mara.gov.my



Sila layari laman web MARA www.mara.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.

>> Iklan
>> Syarat-syarat Permohonan
>> Klik di sini untuk Permohonan Online
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment