Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA SEORANG PEMUZIK


PEMUZIK
Seorang pencipta muzik berperanan mencipta muzik, mencantum gubahan muzik, menterjemah gubah muzik mengikut melodi dan harmoni, menulis nota asal muzik dalam berbagai cara dan menciptanya untuk permainan scara solo atau berkumpulan dan menulis senikata untuk muzik

Ciri peribadi seorang pencipta muzik hendaklah
ü       Sukakan suasana dan pekerjaan artistic
ü       Melepaskan perasaan atau penyelesaian masalah dengan cara melahirkan menerusi ciptaan atau karya
ü       Mempunyai kebolehan di dalam kesenian dan muzik
ü      Sensitif kepada persekitaran

Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik

Pendidikan Dan Prospek Kerjaya
Peluang bekerja disektor awam terdapat di Kementerian Penerangan. Manakala di sektor swasta pula ialah di syarikat piring hitam dan di stesyen TV. Seseorang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran boleh diberi gaji yang lumayan. Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menyediakan kursus tersebut
·         Universiti Teknologi MARA
·         Universiti Malaya
·         Universiti Sains Malaysia
·         Universiti Putra Malaysia
·         Universiti Malaysia Sabah
·         Dan juga terdapat universiti swasta di seluruh Malaysia.




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment