Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA DI BIDANG SENI BINA

 

KERJAYA DALAM BIDANG SENIBINA


Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.

Keterangan Tugas


·         Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan.
·         Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan.
·         Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
·         Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
·         Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.
·         Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

Antara kerjaya dalam bidang ini ialah arkitek perancang bandar, arkitek landskap, arkitek jurukur bahan, arkitek kapal, arkitek marin, arkitek bangunan dan juruteknik senibina.

Ciri – ciri Peribadi


o        Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan
o        Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian
o        Kebolehan menyelesaikan masalah
o        Kreatif dan imaginative
o        Boleh menganalisa secara logic
o        Mempunyai daya pemerhatian yang tajam

Pendidikan dan Prospek Kerjaya


Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Antara institusi yang menyediakan pengajian dalam bidang ini ialah  UM, UTM, UiTM, Politeknik, Kolej Tunku Abdul Rahman, L&G Twintech , Lim Kok Wing Universiti, Taylors College , Alif Creative Academy.

3 comments:

  1. As Salamualaikum , sy lulusan sijil senibina dr ikbn . dgn menggunakan sijil,blh ke sy nak menyambung pengajian ke peringkat ijazah ?

    ReplyDelete