Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA BIDANG PERUBATAN

Kerjaya Di Bidang Perubatan


DOKTOR PERUBATAN

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Pakar Questetik, Pakar Psikiatri, Pakar Oftamologi, Pakar Kardiologi, Obstetrision Dan Pakar Ginakologi, Pakar Neurologi, Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Doktor Pergigian.


Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri. Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain. Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.
 

DOKTOR PERGIGIAN

Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan.


Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Doktor Pergigian, Pakar Pedodontik, Pakar Prostodontik, Pakar Periodontik, Pakar Ortodontik, Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut.





Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian.



DOKTOR HAIWAN

Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.


Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Pakar Veterinar, Pakar Bedah, Veterinar, Pakar Veterinar, Kesihatan Awam.


Prospek Kerjaya

Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.
Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.


AHLI FARMASI

Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-ubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Farmasi, Ahli Farmasi, Perindustrian, Ahli Farmasi, Runcit, Ahli Farmasi, Hospital.


Prospek Kerjaya

Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.  Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan di hospital swasta.



KEJURURAWATAN

Bidang kejururawatan tergolong di dalam bidang perubatan. Bidang ini menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit, cedera dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Pekerjaan yang tergolong di bidang kejururawatan seperti berikut:

a.       Jururawat
b.       Jururawat khusus
c.       Jururawat perindustrian

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bidang ini terdapat di hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka boleh dipertimbangkan ke jawatan Ketua Jururawat, Penyelia jururawat dan matron.



AHLI PSIKOLOGI

Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

a.       Ahli Psikologi, Klinikal
b.       Ahli Psikologi, Pendidikan
c.       Ahli Psikologi, Pekerjaan

Prospek Kerjaya

Di Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam. Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.

11 comments:

  1. Pengenalan dan info yang ringkas serta mudah difahami.Tambahan,buat saya yang masih samar-samar mencari hala tuju kerjaya pilihan saya. ^^

    ReplyDelete
  2. haisss..susahnya nk plih kos yg ssuai ye??dktor prubatan? dktr gigi??psikologi??semua suka..pning2..btw thanks ats info ni..amat brguna=D

    ReplyDelete
  3. padat dengan informasi yg bguna.~~mmg membantu sy dlm mencari pkerjaan yg sesuai.

    ReplyDelete
  4. em,nak jadi ahli psikologi tapi x taw u mana yg tawarkan.....

    ReplyDelete
  5. tertarik dgn kerjaya ahli psikologi tp xtau bnyk pasal kerjaya tu.mntak kongsi sesiapa yang punya.(^_^)

    ReplyDelete
  6. thank you . sangat membantu .

    ReplyDelete
  7. thanks alot..this really helps...i am clear now of what im going to do next :)
    -AwesomeNik-

    ReplyDelete
  8. good... i want study nursing

    ReplyDelete
  9. kalau nak bukak klinik, boleh lah hubungi sy jika berminat.

    pihak kami berpengalaman dlm hal2 setup klinik ni. pakej dr a to z.
    renovate klinik, running job for kkm, medical equipment.

    clinic software free*
    plan designing n our consultation free! ^_^

    ms aiza 019 952 0049

    ReplyDelete
  10. kalu ambil bidang psikologi masa kat u boleh jdi doktor??

    ReplyDelete
  11. lots of informations.. senang nk cari mklumat tk wat folio ttg kerjaya.. harap lah suatu ri nnti pat jd doktor bedah.. cta2 dh tu. btw TY.. ツ

    ReplyDelete