CARIAN DATA @ INFO DALAM BLOG

Tuesday, 29 March 2011

KERJAYA BIDANG PENDIDIKAN

Kerjaya Di bidang Perguruan


Profesional perguruan menjalankan tugas bagi membentuk perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, emosi dan rohani atau pun mengajar teori dan amali satu disiplin atau lebih pada peringkat pendidikan yang berlainan, menjalankan penyelidikan dan mempertingkatkan atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas-kertas dan buku ilmiah. Pekerjaan Yang Tergolong Atau Di kelaskan Dalam Bidang Perguruan Seperti Berikut :

a.       Professional perguruan universiti, politeknik dan pendidikan tinggi,
b.       Profesional perguruan prauniversiti dan pendidikan menengah,
c.       Profesional perguruan pendidikan khas,
d.       Profesional perguruan yang tidak dikelaskan dimana-mana.

Keterangan Tugas Perguruan

a.       Mereka bentuk dan mengubah suai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan.Memberi kuliah dan mengadakan tutorial, seminar dan seksi makmal.
b.       Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dikalangan pelajar.
c.       Menyelia kerja uji kaji dan amali yang di jalankan oleh pelajar jika perlu.
d.       Mentadbir, menilai dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan.
e.       Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar selepas ijazah atau kakitangan lain jabatan berkenaan.
f.         Menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi bagi kegunaan dalam lapangan perindustrian dan lain-lain. Menyedia buku , kertas atau artikel ilmiah.

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah, Pengelola Sekolah-Sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya melalui :

1.       Melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memohon dilantik sebagai guru siswazah
2.       Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab perguruan dalam bidang khas selepas 5 tahun mengajar.
3.       Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau luar negeri.

Bagi guru siswazah pula peluang dinaikan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi. Mereka juga boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Dengan kelulusan tambahan mereka boleh menjadi pensyarah di Maktab perguruan atau kenaikan pangkat seperti pengetua sekolah, maktab dan pengarah pelajaran.

No comments:

Post a Comment