Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA BIDANG KEJURUTERAAN



Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan
Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

KEJURUTERAAN AWAM

a.      JURUTERA AWAM
Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. 

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya,  jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik,  jurutera awam kumbahan.

Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

b.      PEMBANTU JURUTERA AWAM
Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain. 

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain.

c. JURUTEKNIK AWAM
Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

a.      JURUTERA MEKANIKAL
Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.
 


Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. 

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

b.      JURUTEKNIK MEKANIKAL
Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi.


c.       MEKANIK JURUTERA AM
Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik.




KEJURUTERAAN ELEKTRIK

a.      JURUTERA ELEKTRIK
Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya: 

Jurutera Penjanaan Kuasa, Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa, Jurutera Pencahayaan Elektrik, Jurutera Peralatan Elektromekanik..

Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji.

b.      JURUTEKNIK ELEKTRIK
Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.

Prospek Kerjaya.

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi.  Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji.



KEJURUTERAAN KIMIA

a.      JURUTERA KIMIA
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. 

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.  Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

b.      PEMBANTU JURUTERA KIMIA
Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia. 

Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang adalah baik. Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa, sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan lain-lain.
 

c.       JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIA
Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan - jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi. Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali minyak serta syarikat-syarikat pembuatan yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan dimakmal.


KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

a.      JURUTERA ELEKTRONIK
Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.
 
Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian, Jurutera Kuasa Nukleur, Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan, Jurutera Kenderaan /Otomotif, Jurutera Mekanik/Aeronautik, Jurutera Marin.

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. 

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.
 



18 comments:

  1. Bagaimana dengan lulusan sains pembinaan di sektor awam pula?

    ReplyDelete
  2. kejuruteraan petroleum? peluang pekerjaan dia malaysia bagaimana?

    ReplyDelete
  3. kejuruteraan perkhidmatan bangunan? peluang pekerjannya di malaysia bagaimana?

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya.sekarang sedang belajar kimia petroleum dkt upm.so boley ke masuk dalam bidang kejuruteraan ni eh?n kalau tak keberatan apa je pelung pekerjaan yg boley diceburi dlm kimia petroleum selain lecturer ,lab or ofis?ada can ke nak pegy offshore?thanks

    ReplyDelete
  5. sesuai ke bidang kejuruteraan elektrik dgn perempuan?

    ReplyDelete
  6. Saya nak tnye...adik sye baru lpas SPM, dia nak amik diploma kejuruteraan awam tp xlayak sbb fizik dia setakat lulus tp bkn credit. tetpi diploma teknologi kejuruteraan awam dia layak. sye konfius...ape prbezaan teknologi and tanpa teknologi? boleh jelaskan? dan huraikan skop kerja bagi kedua2 dip tersebut...terime ksih

    ReplyDelete
  7. "diploma teknologi kejuruteraan awam", habis dip, boleh kerja sebagai apa? apa beza nya dengan tak ada teknologi? anggaran gaji pula berapa? mohon reply, sebab saya baru je lepas spm ni. nak tahuu sangat.

    ReplyDelete
  8. blh sy tnye pasal kejuruteraan petroleum?? apa pekerjaan lain yg blh dilakaukan selain drpd offshore???

    ReplyDelete
  9. abis diploma boleh jadipembantu jurutera n supervisor site gaji ada jer nama kejuruteraan up sikit dari yg lain

    ReplyDelete
  10. Saye dapat phy electronic. Byk x peluang kerja nanti

    ReplyDelete
  11. http://rekacipta3d.neq3.com/
    Free 3D Cad Design services

    ReplyDelete
  12. Kejuruteraan Istrumentasi??????

    ReplyDelete
  13. bidang insrumentasi tuh bukan alat2 muzik kew, ???????

    ReplyDelete
  14. mintk pndpat..sy skrg bljar di miat ambk dploma kjrteraan kpal terbng...
    dlm mse yg sme sy dtawarkn degree bdang agama...sy pd mlenye x brape minat bdng kapl terbg ni...tp rmai brpendpat pluang kerja crah n bljar kt miat sng ...so sy cbe msokkn minat dlm bdang ni...tp rmai berpendpat sy rugi coz bzir mase ambk diplma...sthu sy kjrteraan kpal terbg ni yg pntingnya lesen...so sy confuse btol ke pluang kje crah dlm bdg kjrteraan psawat ni...??tmbh2 sy prmpuan...so better sy truskn course ni or sy smbg degree bdang agama?

    ReplyDelete
  15. kalau saya berada di tempat faza... saya sambung degree bidang agama. :3

    ReplyDelete
  16. Saya lpasan diploma kejuruteraan elektronik komputer...pekerjaan ape yg sesuai dengan sy??

    ReplyDelete
  17. minta pendapat.. sy dpat twaran dlm bidang kejuruteraan awam dan bidang instrumentasi.. memandangkan sy prempuan, mana satu harus sy pilih???

    ReplyDelete