Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA BIDANG IT

Kerjaya Di Bidang I.T. (Information Technology)




PAKAR GRAFIK KOMPUTER

Pakar Grafik Komputer berperanan mereka bentuk spesifikasi untuk pembangunan dan penukaran kelengkapan grafik samada dari segi perisian atau perkakasan mengikut kehendak pengguna. Selain itu, berikut adalah antara bidang tugas pakar grafik :

a.       Mengkod, menguji dan menilai perisian grafik.
b.       Menyediakan buku panduan teknikal.
c.       Memeriksa perkakasan grafik dipasang dengan betul dan menjalankan pelbagai ujian.
d.       Mengadakan demonstrasi kepada pengguna serta memberi nasihat berkaitan masalah teknikal.
e.       Menganalisa dan menyelesai masalah pengendalian perisian dan perkakasan grafik.
f.         Menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Di antara:

a.       Pengatur Program, Multimedia
b.       Pengatur Program, Analisis
c.       Pereka Bentuk, WEB
d.       Pemaju Perisian


Prospek Kerjaya

Terdapat peluang dalam sektor kerajaan, komersil, perusahaan dan perniagaan, jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.
 

JURUANALISIS SISTEM KOMPUTER
Juruanalisis sistem computer berperana mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem untuk memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data. Antara tugas lain kerjaya ini  ialah :
a.       Mengkaji melalui pemerhatian dan membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif organisasi.
b.       Mencadangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.
c.       Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengatur Cara Komputer.






Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini:
a.       Juruanalisis, Sistem Komputer.
b.       Juruanalisis MIS
c.       Pereka Bentuk, WEB
d.       Juruanalisis, Komunikasi/Komputer
e.       Juruanalisis, Pangkalan Data/Komputer
f.         Pemaju Perisian
g.       Juruanalisis, PDE


Prospek Kerjaya
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

PENGATURCARA KOMPUTER
Pengaturcara Komputer berperanan Mengkaji tujuan sesuatu rancangan, pengeluaran yang diperlukan, sumber dan jenis data kemasukan, membuat semakan dalaman dan kawalan yang diperlukan. Selain itu, berikut adalah bidang tugasnya :
a.       Menyediakan carta dan rajah pengaliran kerja serta menyusun langkah untuk penyediaan data dalam operasi pemprosesan komputer.
b.       Menukar carta dan rajah pengaliran kerja menjadi program komputer .
c.       Mengadakan percubaan dengan data sampel untuk menguji program computer.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

a.     Pengatur Program, Komputer
b.     Pengatur Program, Komunikasi
c.     Pengatur Progran, Pangkalan Data
d.     Pengatur Program, Sistem
e.     Pengatur Progran, Analisis
f.       Pengatur Program, Multimedia


Prospek Kerjaya

Meningkatkan diri ke jawatan Perancang Sistem/Juruanalisa Sistem dan Pengurus Bahagian Komputer. Terdapat peluang pekerjaan di syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment