Followers

Tuesday, March 29, 2011

KERJAYA BIDANG INSURANS


Kerjaya Di Bidang Insurans

Industri ini memerlukan kepakaran, khidmat kakitangan yang terlatih di pelbagai bidang. Bidang insurans termasuk prinsip dan amalan insurans, insurans nyawa dan kesihatan, insurans sosial, perancangan pencen, pengurusan risiko, insurans hayat dan liabiliti, pengangkutan, marin, penerbangan dll. Pengendalian operasi syarikat insurans dan pengendalian tuntutan insurans.

PENGURUS INSURANS

Pengurus insurans hendaklah berkecenderungan kepada pengiraan iaitu berminat kepada perangkaan. Berkebolehan menilai dan merancang risiko insurans dengan pendekatan yang sistematik. Sifat rajin, jujur dan bertanggungjawab adalah penting. Perhubungan awam yang baik akan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih berkesan. Mentadbir program insurans dalam sesuatu syarikat. Termasuk membuat tinjauan atas harta benda syarikat dan kajian bagi mengkelaskan bencana dan menilai risiko insurans; merancang risiko insurans dengan mendapat nasihat dari jabatan kejuruteraan, personel dan kewangan serta membincangkan dengan broker insurans bagi membeli insurans yang patut dan munasabah. Mempastikan pengurusan syarikat/ perniagaan berjalan dengan lancar dan menguntungkan. Mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat insurans yang lain. Berusaha memperkenalkan polisi-polisi perlindungan baru demi kebaikan pengguna. Antara bidang tugas pengurus insurans ialah :

a.       Mengurus hal-hal syarikat demi kemajuan industri insurans.
b.       Menghubungi broker dan persatuan pembeli bagi mendapatkan maklumat kemajuan industri insurans.
c.       Mengkaji pembentukan undang-undang insurans semasa mengubah risiko insurans.
d.       Mengarah dan menyelaras program bagi mengelakkan kerugian melalui kajian dan pemeriksaan keselamatan dan mencadangkan cara-cara mengatasinya kepada pihak pengurusan atasan.
e.       Penyediaan rekod dan laporan bagi analisis kos pengalaman, keselamatan dan ringkasan laporan pencegahan kerugian dengan pihak pengurusan.
f.         Membuat kerja perundingan, penyelesaian tuntutan kerugian dengan pihak insurans.
g.       Bekerjasama dengan bahagian undang-undang untuk mendapatkan maklumat tentang risiko yang diinsuranskan.
h.       Mengodit perjanjian insurans bagi menentukan perubahan dalam keperluan insurans.
i.         Merancang dan mengarah program pendidikan bagi menggalak penyertaan pekerja dalam rancangan insurans berkumpulan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang ini Diantaranya:

a.       Broker Insurans
b.       Eksekutif Insurans
c.       Penaja Jamin
d.       Agen Insurans
e.       Eksekutif Tuntutan
f.         Adjuster Kerugian
g.       Aktuaris
h.       Penyelia Insurans

Prospek Kerjaya

Insurans menawarkan banyak peluang bagi pemohon yang sesuai dan peluang untuk maju amat cerah kerana orangramai telah menyedari keperluan memiliki insurans. Peningkatan taraf hidup dan kemewahan dan perhatian terhadap jaminan kewangan telah turut meransang jualan insurans. Jumlah jualan insurans nyawa dan kesihatan juga akan meningkat dengan bertambahnya bilangan pekerja yang memasuki lingkungan umur 21- 54 dimana mereka yang didalam lingkungan umur ini mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk insurans nyawa dan kesihatan serta perlindungan untuk kediaman, kenderaan dan lain-lain barang berharga.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment