CARIAN DATA @ INFO DALAM BLOG

Tuesday, 14 December 2010

MERANCANG KERJAYA IMPIAN

Untuk memiliki kerjaya seperti yang diinginkan, anda harus merancang kerjaya anda dan bukan hanya menunggu nasib atau tuah badan. Di zaman yang serba maju dan mencabar ini, para pelajar seharusnya sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluan negara pada masa kini dan akan datang. Oleh itu, panduan di bawah adalah antara langkah yang bijak untuk di fikirkan dan dilaksanakan oleh individu yang mempunyai impian kerjaya.
Langkah 7
     MENGEMBANGKAN NILAI KERJAYA DAN KEPUASAN  
Langkah 6
     BIJAK MENCIPTA PELUANG KERJAYA
Langkah 5 
     TINDAKAN BIJAK DAN BERANI  DI INSTITUSI
Langkah 4
     SUMBER KEWANGAN SEPANJANG PENGAJIAN
Langkah 3 
    MEMILIH  BIDANG YANG BERNILAI  DI TEMPAT YANG TEPAT
Langkah 2 
    TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN  DI SETIAP PERINGKAT
Langkah 1
    MEMILIKI  CITA-CITA YANG DIUSAHAKAN

Monday, 13 December 2010

KERJAYA BIDANG PERUBATAN

DOKTOR PERUBATAN
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.



Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Pakar Questetik, Pakar Psikiatri, Pakar Oftamologi, Pakar Kardiologi, Obstetrision Dan Pakar Ginakologi, Pakar Neurologi, Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Doktor Pergigian.

Prospek Kerjaya 

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri. Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain. Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.








  

HIDUP DI ZAMAN SENANG DENGAN HATI YANG SENANG

Hidup akan menjadi senang jika anda ada panduan hidup ...

Persoalannya, apa itu panduan hidup ?


Panduan hidup yang tepat lahir dari hati yang tenang ...

Persoalannya, bagaimana mendapat hati yang tenang ?


Hati yang tenang lahir bila hati, jiwa dan perasaan dan segalanya bermula dengan mengenal pencipta ...

ALLAH MAHA BESAR..  MAHA PEMURAH..  MAHA PENYAYANG